Terima Kasih!

Ucapan ribuan terima kasih dari AMK Bahagian Jasin kepada semua AJK & ahli AMK; serta penyokong-penyokong yang hadir memeriahkan majlis sambutan Hari Raya & Deepavali di Taman Maju, Jasin pada rabu lalu (29 oktober '08).

Sumbangan sempena Deepavali


Ahad lalu (26 Oktober 2008), kira-kira 15 orang AJK AMK Jasin yang diketuai oleh Sdr. Zam telah turun padang memberi sumbangan kepada beberapa keluarga kaum India yang terdiri dari golongan susah. Kira-kira 20 buah keluarga kaum India dari Kawasan Rim dan Diamond Jubilee Estate telah menerima bantuan yang berupa barangan keperluan harian.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban golongan tersebut sempena menyamput Deepavali. Selain dari itu, program seperti ini juga bertujuan untuk memantau kebajikan penduduk di sekitar kawasan tersebut.


Sebelum ini, iaitu pada Ramadhan lalu AMK Jasin disertai oleh AMK Negeri Melaka telah menganjurkan Jejak Ramadhan bagi memberi bantuan kepada golongan susah sempena menyambut Aidilfitri. Program seperti ini diharap dapat mendekatkan lagi kami dengan masyarakat. InsyaAllah.

Skandal Eurocopter: Najib Digesa Digantung Tugas

Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PR) yang dianggotai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah mengambil langkah untuk mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini untuk mengemukakan beberapa fakta di sebalik skandal pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan yang melibatkan RM2.317 billion.

Ini adalah tindakan susulan Pemuda PR setelah laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa pada 20hb Oktober 2008 lepas.

Pemuda PR melihat penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke satu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini sangat membimbangkan. Apatah lagi Malaysia sendiri turut terkesan dengan keadaan ini dan sangat memerlukan ketelitian kepimpinan negara khususnya Umno-BN mengendalikan sebarang entuk perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Skandal ini sangat serius, dalam keadaan ianya melibatkan RM2.317 billion yang seandainya diagihkan kepada 48,134 rakyat tegar seluruh negara, pastinya ianya boleh menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Jumlah yang sama juga boleh diperuntukkan untuk membina lebih daripada 100 buah sekolah dan pastinya ini boleh memperbaiki masa depan anak-anak bangsa khususnya di luar bandar.

Tetapi sayang, di bawah kepimpinan Umno-BN, jumlah RM 2.317 billion ini hanya diperuntukkan untuk membeli 12 buah helicopter yang mana dengan jumlah yang sama, India mampu membeli lebih daripada helikopter daripada jenis yang sama dan Brazil juga membeli hampir 50 buah helikopter pada jumlah yang sama.

Juster, Pemuda PR berharap agar BPR tidak selektif di dalam hal ini dengan membuka kertas siasatan dengan segera untuk menyiasat skandal ini.

Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopter ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada.

Sudah sampai masanya institusi polis, BPR dan pastinya Perdana Menteri meletakkan kepentingan rakyat terbanyak sebagai agenda utama demi memastikan setiap sen dan ringgit wang rakyat tidak disalahgunakan oleh individu yang berselindung di balik slogan 'Ubah Gaya Hidup'.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia


YB Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


YB Anthony Loke Siew Fook (DAPSY)
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP

Congratulations!

To Mr. Zam (Ketua AMK Jasin);
Congratulations on your new baby!












Admin.

Peningkatan kedudukan universiti lembab di bawah Barisan Nasional

From : Shamsul Iskandar Mohd. Akin (Ketua AMK Malaysia)

Akhbar harian hari ini melaporkan 4 daripada 5 universiti di Malaysia telah memperbaiki kedudukan mereka didalam kedudukan universiti terbaik dunia.Antaranya, dalam artikel The Star yang bertajuk, "Varsities improve on rankings" tulisan Chui Tuck Wo, dinyatakan bahawa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukan tertinggi mereka dikalangan universiti tempatan apabila berada di tangga 230 berbanding dengan ditangga ke 246 tahun lalu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada di tangga ke 250 berbanding dengan ditangga ke 309 tahun lalu. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut memperbaiki kedudukan mereka apabila berada di ranking ke 320 (dari 364) dan 356 (dari 415).Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) yang terpilih sebagai universiti Apex baru-baru ini jatuh kedudukannya dari tangga ke 307 tahun lalu ke 313.

Walaupun empat daripada lima universiti tempatan berjaya meningkatkan prestasi mereka, ianya tidak membanggakan dan bermakna kerana tidak ada satu pun yang berjaya tersenarai sebagai 100 universiti terbaik dunia, sebaliknya masih dibawah tangga ke 200 universiti terbaik dunia.Hakikatnya, universiti di Malaysia masih tertinggal jauh berbanding dengan universiti di negara-negara Asia yang lain.

University of Tokyo berada di tangga ke 19, Kyoto University berada di tangga ke 25, University of Hong Kong pula mendapat tempat ke 26, sementara National University of Singapore (NUS) berada di tangga ke 30.Ironisnya USM yang terpilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex yang seharusnya berada di tangga ke 50 universiti dunia pada tahun 2020 jatuh kedudukannya sebanyak 6 tangga.

Penyertaan USM dalam program Apex yang sepatutnya menunjukkan kemajuan sebaliknya memperlihatkan kemerosotan bukan sahaja menjatuhkan imej negara di mata dunia tetapi menjejaskan keyakinan masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap mutu pendidikan negara kita.

Kami tidak terkejut dengan peningkatan kedudukan universiti tempatan yang lembab didalam kedudukan universiti terbaik dunia memandang Barisan Nasional masih mentadbir urus negara ini dalam keadaan yang berkecelaru, penuh dengan kepincangan dan mengekalkan sekatan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Perubahan yang serta merta dalam semua aspek masyarakat dan dasar negara khususnya pendidikan yang merupakan asas pembangunan negara adalah perlu sebelum terlambat.

Anwar minta Najib bentang bajet baru

malaysiakini.com
Ketua pembangkang menggesa menteri kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak membentangkan Bajet 2009 yang baru memandangkan krisis kewangan dunia yang kian serius kini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan "belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.
Bajet 2009 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu sebagai menteri kewangan, pada 29 Ogos lalu.
Beliau telah bertukar portfolio sebagai menteri pertahanan dengan timbalannya itu bulan lepas.Ucapan Anwar di Parlimen hari ini pertama kali dibuat sebagai ketua pembangkang selepas memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh beberapa hari sebelum pembentangan belanjawan tersebut.Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, yang pernah mengetuai Kementerian Kewangan selama tujuh tahun sejak 1991, perangkaan dalam Bajet 2009 "tidak lagi realistik" apabila muncul krisis ekonomi dunia yang bermula tahun lepas di Amerika Syarikat. "Apakah kita mahu membahaskan sejarah atau belanjawan?” katanya, sambil menambah satu belanjawan pindaan wajar dibentangkan jika bajet baru enggan dikemukakan.Anwar kemudiannya bertanya Timbalan Yang Dipertua sama ada dewan sama ada patut ditangguhkan atau diteruskan. Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaffar kemudian meminta Anwar meneruskan sidang dan membentangkan belanjawan alternatif jika beliau berminat berbuat demikian.