Doktor sahkan : SAIFUL TIDAK DILIWAT!

Hari ini, kami di Bahagian Jasin baru sahaja menerima risalah salinan Hasil Pemeriksaan Doktor ke atas Saiful Bukhari yang dengan rela hati mendakwa dirinya diliwat. Laporan tersebut telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. dan bertarikh 28 Jun 2008. Berikut adalah salinan rekod perubatan tersebut.


~ Muka hadapan ~

1 butiran: MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN
850706015687 (KP)
umur : 22 tahun 11 bulan 22 hari

2 Tenesmus x 1/52
Not notice any PR bleed
Sakit di bahagian dubur selama satu minggu apabila membuang air besar. Tiada pendarahan di bahagian berkenaan.

3 Pain in the anus when passing motion 1/52 0 blood in the stool
Kesakitan di bahagian dubur ketika membuang air besar sejak satu minggu yang lalu. Tiada kesan darah pada najis apabila membuang air besar

4 Pt. was alleged assaulted by introducing plastic into anus – wanting to do report.
Pesakit dikatakan telah dicederakan di bahagian dubur dengan barang plastik. Ingin membuat laporan perubatan


~ Muka belakang ~

1 O/E:- pink
Semasa pemeriksaan: warna kulit biasa, pengoksigenan baik, tidak berwarna biru (tiada tanda kekurangan oksigen.
Tidak pucat
Keseluruhan memuaskan

Conscious, alert
Pesakit dalam keadaan sedar diri dan peka
Tiada demam

2 P/R 0 active bleeding
0 Ulcer or pus seen
0 Injury shown
0 Tear seen

Pemeriksaan dubur: tiada pendarahan, tiada luka atau penanahan, tiada koyak, tiada kecederaan dapat dilihat

3 TRO Assault (sodomise)
Advise to go to the government hospital
(plan to do police report)
To Rule Out Assault or sodomy
Pemeriksaan membuktikan pesakit tidak diliwat

4 (Signed)
Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid
MBBS (Rgn)
Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi Sdn Bhd

Kebenaran telah terbukti. pembohongan yang berterusan akhirnya terbongkar jua. sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. maka laknatlah ke atas mereka yang menabur fitnah jahat. pembohongan terbukti di mana, menurut polis saiful mendakwa dia diliwat pada 26 Jun 2008; namun dalam keterangan yang diberikan kepada Dr Mohamed Osman 2 hari selepas tarikh itu, dia mengatakan bahawa dia mengalami "kesukaran dan kesakitan untuk membuang air besar semenjak seminggu yang lalu".

Dari hasil pemeriksaan fizikal terhadap Saiful pada lebih kurang jam 2:14 petang 28 Jun 2008, Dr. Mohamed Osman telah membuktikan bahawa SAIFUL TIDAK DILIWAT.

Dr. Mohamed Osman kini diketahui telah menyembunyikan diri bersama-sama keluarganya; berkemungkinan untuk mengelakkan diri dan melindungi keluarganya dari gangguan pihak-pihak yang selama ini memang berniat jahat.

Ketua AMK bersama DSAI di Jasin; pasca pembebasan Anwar


Sumber: AngkatanMuda.Org

Melaka 18 Julai - Ketua Angkatan Muda keADILan (AMK)
Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi penjelasan berkenaan kes terbaru
yang melibatkan tuduhan salah laku seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjelaskan implikasi dari tuduhan tersebut yang dituduh di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, sekiranya disabitkan, Anwar akan dikenakan hukuman minima penjara 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, PRU ke-13 akan dijalankan. Ianya
dijangka akan memberi kelegaan besar kepada Najib selaku bakal Pengerusi BN dalam masa tersebut. Ini merupakan alasan sebenar mengapa konspirasi ke-2 ini
diadakan, iaitu untuk memastikan BN/UMNO akan menang besar pada pilihanraya yang akan datang, sekaligus menebus kekalahan teruk kepada Pakatan Rakyat pada PRU ke-12. Beliau berkata demikian ketika berceramah di Hamas, Simpang Kemendor, Jasin yang dihadiri lebih 10 ribu rakyat Melaka dan kawasan sekitarnya.

Beliau turut mengecam pihak polis yang menggunakan kaedah kasar dan keras
ketika menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 1.30 tgh hari 16 Julai lalu. Walaupun peguam Anwar telah mengesahkan persetujuan anak guamnya untuk hadir sebelum jam 2 petang hari yang sama, selaras dengan tempoh yang dinyatakan di dalam waran tangkap yang dikeluarkan terhdapnya, namun pihak polis tetap menahan Anwar walaupun tempoh masa yang diberikan belum tamat. Alasan yang diberi polis bahawa Anwar ditahan kerana melencong dari jalan yang menuju ke IPK, sebaliknya menuju ke rumah beliau menyebabkan pihak polis menyangka beliau sengaja tidak mahu hadir ke IPK sebelum tempoh tersebut tamat. Sangkaan buruk pihak polis ini ditempelak oleh Shamsul.


“Jarak IPK dari rumah Anwar hanyalah 5 km. Malah masa perjalanan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit. Tidak timbul isu Datuk Seri Anwar tidak sempat sampai ke IPK sebelum jam 2 petang”, jelas beliau.
Shamsul turut menerangkan kenapa Anwar tidak hadir ke IPK pada 14 Julai lalu.




“14 Julai lalu, polis telah mendapatkan perintah mahkamah bahawa Anwar dan para penyokongnya dilarang berada 5 km dari mahkamah. Setelah kita ukur dan perhalusi, kita mendapati IPK berada dalam 5 km dari mahkamah. Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke IPK tersebut, beliau akan ditangkap kerana melanggar perintah mahkamah. Sebenarnya, itulah taktik yang digunakan oleh pihak polis untuk memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim”, tegas beliau.


Ketika Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke lokasi, beliau dikawal ketat oleh Skuad AMK Melaka serta dibantu oleh Skuad AMK Selangor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Di dalam ceramah beliau, beliau menceritakan pengalaman beliau sewaktu berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek. Keadaan gamat seketika dengan gelak ketawa hadirin apabila beliau menceritakan bagaimana Shabery ‘berbuih mulut’ cuba mengelak dari menjawab hujah yang dikemukakan beliau. Namun beliau sedikit kesal kerana tidak dapat berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kerana cukup bagi pakatan rakyat mewakilkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk berhujah dengan Menteri Penerangan. Walaubagaimanapun, peluang sekali seumur hidup tersebut tetap digunakan sebaiknya untuk beliau menjelaskan sendiri kepada rakyat mekanisma yang akan diguna pakai oleh pakatan rakyat untuk menurunkan harga minyak.




Beliau turut mengulangi komitmen beliau untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam jangka masa yang terdekat walaupun kes tuduhan salah laku seksnya yang terbarunya sedang dibicarakan di mahkamah.






AmkMelaka.Blogspot:



Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS Melaka kerana telah memberi ruang, kemudahan dan bantuan kepada PKR Melaka dalam menjayakan ceramah Rapat Umum pada 18 Julai 2008 yang lalu di Dataran Hamas, Kemendor, Jasin. Terima kasih juga untuk rakan dari DAP yang telah sama-sama turun memberikan sokongan. Kami dari AMK Melaka amat hargai bantuan yang telah diberikan. Sesungguhnya dengan bantuan dan kerjasama yang terjalin telah membuktikan bahawa kita dari Pakatan Rakyat dapat bekerjasama dan bersatu hati dalam menjayakan agenda Pakatan Rakyat.


Terima kasih juga kepada AMK Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program pada hari tersebut. Komitmen yang telah diberikan sejak awal lagi tidak boleh dipertikaikan. Penglibatan AMK Selangor, wilayah persekutuan dan Negeri Sembilan dalam menyebarkan maklumat, keselamatan sehinggalah dalam perjalanan majlis pada 18 Julai 2008 adalah komitmet yang terpuji. Bantuan yang telah diberikan telah melancarkan lagi segala persediaan dan aktiviti pada hari tersebut.





TAHNIAH dan Syabas utk AMK Melaka dan PKR Bahagian Jasin. Untuk kerja tidak sampai 48 jam, lebih dari 10 ribu orang yg hadir pada malam tu. TAHNIAH...



(Gambar sekitar program, sila klik sini)

ANWAR DI MELAKA


Anjuran Parti KeADILan Rakyat

Akuan Bersumpah Balasubramaniam: Pertama -vs- Kedua

Tanggal 1 Julai yang lalu, rakyat Malaysia umumnya dan kerajaan Barang Naik khususnya, telah menerima satu kejutan apabila P. Balasubramanian (private investigator yang diupah Najib) membuat akuan bersumpah mengenai penglibatan terlampau Najib (a.k.a bakal PM 2010) dengan pembunuhan Altantuya (Aminah). Di tengah-tengah isu fitnah liwat yang direka untuk menutup isu harga minyak naik, kerajaan barang naik mendakwa isu itu (akuan bersumpah) adalah gimik yang bertujuan untuk menutup isu liwat tersebut. Walaubagaimanapun, sekali lagi kita dikejutkan (banyak kali terkejut dalam setahun...) apabila selang tiga hari selepas itu, Bala membuat akuan bersumpah kedua dengan beberapa pindaan kepada perkara tertentu dalam akuan yang pertama.

Berikut adalah beberapa para yang terdapat di dalam akuan pertama tersebut:....

"I, Balasubramaniam a/l Perumal ... do solemly and sincerely declare as follows:

1. I have been a police officer with the Royal Malaysian Police Force, having joined as a constable in 1981 attached to the police field force. I was then promoted to the rank of lance corporal and finally resigned from the police force in 1998 when I was with the Special Branch.

2. I have been working as a freelance private investigator since I left the police force.

...............
8. When I enquired as to who this Mongolian woman was, Abdul Razak Baginda informed me that she was a friend of his who had been introduced to him by a VIP and who asked him to look after her financially.

25. During this discussion and in an attempt to persuade me to continue my employment with him, Abdul Razak Baginda informed me that:

1) He had been introduced to Aminah by Najib Razak at a diamond exhibition in Singapore.
2) Najib Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.
3) Najib Razak wanted Abdul Razak Baginda to look after Aminah as he did not want her to harass him since he was now the deputy prime minister.
4) Najib Razak, Abdul Razak Baginda and Aminah had all been together at a dinner in Paris.
5) Aminah wanted money from him as she felt she was entitled to a US$500,000 commission on a submarine deal she assisted with in Paris.

.......................
28. Whist I was talking to Aminah, she informed me of the following:

1) That she met Abdul Razak Baginda in Singapore with Najib Razak.
2) That she had also met Abdul Razak Baginda and Najib Razak at a dinner in Paris.
3) That she was promised a sum of US$500,000.00 as commission for assisting in a submarine deal in Paris.
4) That Abdul Razak Baginda had bought her a house in Mongolia but her brother had refinanced it and she needed money to redeem it.
5) That her mother was ill and she needed money to pay for her treatment.
6) That Abdul Razak Baginda had married her in Korea as her mother is Korean whilst her father was a Mongolian/Chinese mix.
7) That if I wouldn’t allow her to see Abdul Razak Baginda, would I be able to arrange for her to see Najib Razak.

........................

49. They then proceeded to record my statement from 8.30 am to 6pm everyday for seven consecutive days. I told them all I knew including everything Abdul Razak Baginda and Aminah had told me about their relationships with Najib Razak but when I came to sign my statement, these details had been left out.

50. I have given evidence in the trial of Azilah, Sirul and Abdul Razak Baginda at the Shah Alam High Court. The prosecutor did not ask me any questions in respect of Aminah’s relationship with Najib Razak or of the phone call I received from DSP Musa Safri, whom I believe was the ADC for Najib Razak and/or his wife.

51. On the day Abdul Razak Baginda was arrested, I was with him at his lawyers office at 6.30am. Abdul Razak Baginda informed us that he had sent Najib Razak an SMS the evening before as he refused to believe he was to be arrested, but had not received a response.

52. Shortly thereafter, at about 7.30am, Abdul Razak Baginda received an SMS from Najib Razak and showed, this message to both myself and his lawyer. This message read as follows: “ I am seeing IGP at 11am today … matter will be solved … be cool”."


Dalam akuan bersumpah kedua yang dibuat pada 4 Julai lalu, Bala telah meminda perkara pada para 8, 25, 28, 49 hingga 52 dalam akuan pertama. Tindakan ini telah menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan rakyat. Malah peguam terdahalu Bala, Encik Americk juga tidak tahu menahu akan tindakan tersebut. Semuanya berlaku sejurus selepas Bala dipanggil oleh pihak tertentu (polis ke?..) berkenaan akuan bersumpah yang pertama. Bala juga mendakwa akuan bersumpah pertama dibuat dalam keadaan tertekan (under duress)

Berikut adalah beberapa para (telah dipinda dari pertama) yang terdapat di dalam akuan kedua tersebut: ....


"I, Balasubramaniam Perumal, do solemnly and sincerely declare as follows:

..................
3. I wish to refer to the statutory declaration I affirmed on July 1, 2008. I refer specifically to paragraphs 8, 25, 28, 49 and 50 to 52,....

..................
4. I wish to retract all the statements that I have made in paragraphs 8, 25, 28, 49 and 50 to 52 of my statutory declaration dated July 1, 2008. The statements contained in paragraphs 8, 25, 28, 49 and 50 to 52 of my statutory declaration dated July 1, 2008 are inaccurate and not the truth. I wish to expressly state that:

a) At no material time did Abdul Razak Baginda inform me that he was introduced to Altantuya Shaariibuu by a VIP;

b) At no material time did Razak Baginda inform me that Najib Razak had a sexual relationship with Altantuya Shaariibuu and the she was susceptible to anal intercourse;

c) At no material time did Abdul Razak Baginda inform me that Najib Razak instructed Abdul Razak Baginda to look after Altantuya Shaariibuu as he did not want her to harass him since he was the deputy prime minister;

d) At no material time did Razak Baginda and/or Altantuya Shaariibuu inform me that Najib Razak, together with Abdul Razak Baginda and Altantuya Shaariibuu had met and all been together at a dinner in Paris;

e) At no material time did Altantuya Shaariibuu inform me that she wanted money in the sum of US$500,000 as a commission for a submarine deal she assisted with in Paris;

f) At no time whatsoever did Abdul Razak Baginda and/or Altantuya Shaariibuu inform me that Najib Razak met with Altantuya Shaariibuu in Singapore;

g) At no time whatsoever did Altantuya Shaariibuu inform me that she wanted me to arrange to see Najib Razak;

h) At no time did I tell the police during the course of their investigations about any relationship between Najib Razak and Altantuya Shaariibuu as no such relationship existed to my knowledge. Accordingly, the statement I signed before the police is complete;

i) At no time did Abdul Razak Baginda inform me that he had sent Najib Razak an SMS the evening before he was arrested; and

j) At no time did Abdul Razak Baginda inform me that Najib Razak had sent him an SMS on the day of his arrest to the effect that he was going to see the IGP that day and that the matter should be resolved and for Abdul Razak Baginda to remain calm."

Kami amat yakin dengan sesungguhnya bahawa keadaan ini (pindaan akuan bersumpah) adalah konspirasi untuk menutup kurap (dan corrupt...) individu tertentu. Namun, rakyat Malaysia sekarang semakin bijak menilai. Meskipun setiap hari disuntik dengan racun-racun oleh media perdana, kita di barisan rakyat masih kebal (dah immune agaknya...) dan tahu membaca permainan politik kotor ini. Seperti kata a.k.a bakal PM 2010.... ini adalah satu Pembohongan Yang Dahsyat!.... :)

Note: petikan akuan bersumpah pertama dan kedua adalah dari laman Malaysiakini.

Angah (",)

CADANGAN MUBAHALAH MUFTI PERLIS

Memetik kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 3 Julai lalu:-

"Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah….
…. isu liwat tersebut telah menyebabkan rakyat berbalah dan bertengkar sesama sendiri. Sekarang ini macam-macam cerita kita dengar daripada kes liwat ini. Ada konspirasi, niat jahat.. sampai rakyat pula yang bergaduh."


Kami melihat kenyataan ini sebagai salah satu cadangan bagi menyelesaikan masalah yang semakin rumit. Ditambah pula dengan isu akuan bersumpah Bala baru-baru ini, memperlihatkan lagi keadaan politik Malaysia yang semakin huru-hara. Berdasarkan pemerhatian kami akhir-akhir ini, terdapat tangan-tangan dalam kerajaan Barang Naik yang mula memainkan peranan dengan mewujudkan keraguan di kalangan rakyat. Bukan mudah hendak memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya rakyat luar bandar (majoriti penduduk Jasin adalah di luar bandar). Mungkin bagi golongan celik politik, mereka bijak membaca percaturan konspirasi ini. Tetapi bagaimana dengan yang lain? Ada di kalangan mereka yang mula meragui perkara ini. Pada pandangan kami, mungkin ini (mubahalah) adalah salah satu cara untuk membuktikan kepada rakyat dengan jelas bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah SATU PEMBOHONGAN YANG DAHSYAT!


Menurut Ketua AMK Jasin, Sdr. Zam (gambar), cadangan oleh Mufti Perlis boleh dipertimbangkan dalam senario yang semakin rumit kini. Kami sedar bahawa pandangan sebegini bakal mengundang kontroversi. Malah, belum pun kenyataan ini dikeluarkan secara rasmi, ramai individu prihatin yang telah menghubungi kami.. mempersoalkan sama ada kami meragui keperibadian Anwar sehingga menyokong cadangan mubahalah yang diusulkan? Adakah kami meragui Anwar? Tidak sama sekali! AMK Jasin sentiasa berdiri teguh bersama KeADILan dan pemimpin de factor, Anwar Ibrahim! Kami sedar bahawa, dalam proses membentuk kerajaan Malaysia baru, kita tidak akan terlepas dari cubaan-cubaan menggagalkan usaha ini.

Pindaan tempat Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya. Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin. Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam. Ianya disebabkan oleh soal-soal keselamatan dan Perhimpunan Ini Mendapat Kelulusan Polis.
Tarikh : 6 Julai 2008
Bertempat : Stadium Kelana Jaya
Masa: 10Pagi

Datanglah BERAMAI-RAMAI DAN SEBARKAN MESEJ INI!!!

SIDANG MEDIA KeADILan BAHAGIAN JASIN

Dalam satu sidang media yang diadakan pada 30 Jun lalu, para pemimpim dan Jawatankuasa KeADILAn Bahagian Jasin telah menyatakan sokongan penuh terhadap Penasihat Parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan yakin bahawa isu yang dibangkitkan adalah fitnah semata-mata. Selain dari bertujuan untuk menyekat karier politik DSAI, ia juga mempunyai motif untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga petrol, barang dan tarif elektrik yang telah memberi tekanan besar kepada rakyat.
Sidang media yang diketuai oleh Naib Ketua Bahagian Jasin, Hj. Abd Manan Ismail itu diadakan di Pejabat KeADILan Taman Maju, Jasin sekitar jam 3.00 petang dan turut mendapat liputan akhbar Sinar Harian (seperti yang disiarkan pada 2 Julai 2008). Dalam Sidang Media tersebut, Ketua AMK, Sdr. Zam menyeru kepada semua penyokong agar bersabar dan bertenang dengan konspirasi berbentuk fitnah ini. Beliau juga percaya bahawa tuduhan itu berkemungkinan akan mencipta satu lagi tsunami politik selepas Pilihanraya Umum-12 baru-baru ini.

Sidang Media AMK Negeri Melaka

Satu lagi Sidang Media pada hari yang sama juga (jam 8.00 malam), telah diadakan oleh Angkatan Muda KeADILan Negeri Melaka di Pejabat KeADILan Taman Asean, Malim. Sidang media tersebut yang diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Negeri Melaka, Sdr. Hairiz, turut menyatakan sokongan penuh terhadap DSAI dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan cuba menjatuhkan DSAI untuk kali kedua. Konspirasi yang berlaku kali ini sememangnya melibatkan kepentingan politik pihak tertentu kerana pendakwa, Saiful Bukhari Azlan mempunyai hubungan rapat dengan badan kerajaan BN terutamanya Timbalan PM. Sidang media turut disertai seluruh Jawatankuasa AMK Negeri Melaka.

Najib dituduh bersama Altantuya

Sumber dari: MalaysiaKini.Com

Jul 3, 08 12:40pm

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - yang ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di hutan Puncak Alam - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda.


Dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyiasat itu memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara mangsa bunuh dengan pemimpin negara itu.P Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya.Dan beliau turut mendedahkan bahawa bahagian yang mengaitkan Najib dalam kes tersebut, telah dibuang oleh pihak polis dari pada kenyataan beramarannya, untuk melindungi pemimpin itu.


Hantar SMSBalasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya yang datang ke Malaysia pada tahun 2006 untuk menyelesaikan beberapa perkara dengan penganalisis itu.Tidak lama selepas itu, Altantuya ditemui terbunuh di sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor.Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam berkata, beliau diberitahu oleh Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".


Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.Laporan polisBalasubramaniam juga memberitahu sidang media tersebut bahawa beliau membangkitkan isu itu sekarang kerana kecewa dengan pihak pendakwaan - yang telah menutup kes pendakwaan terhadap dua anggota polis dan Abdul Razak yang dituduh membunuh Altantuya - kerana tidak berbuat apa-apa untuk mengemukakan keterangannya mengenai Najib.


Katanya, beliau tidak ditanya langsung mengenai perkara itu apabila memberi keterangan di mahkamah. Beliau merupakan saksi pertama pihak pendakwa.Anwar berkata, ini membuktikan bahawa pihak polis dan pihak pendakwa, terutama Musa dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut. Ketua umum PKR itu bimbang bahawa mereka akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang, ekoran dakwaan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Anwar juga telah membuat laporan polis terhadap Musa dan Gani Isnin lalu yang didakwanya memalsukan bukti dalam kes ditumbuk Tan Sri Rahim Noor, ketua polis negara waktu itu, pada 1998.Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya.


Nafikan Penglibatan, Najib Berbohong!

Sumber dari AngkatanMuda.Org


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

2 Julai 2008

Nafikan Penglibatan, Najib Berbohong!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak adalah merupakan satu pembohongan di sebalik penafian yang sangat dangkal dan langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.

Pembohongan beliau bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.

Kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas ‘untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran’ juga menimbulkan pertikaian besar. Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?

Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen (13 Februari 2008), dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihanraya Umum Ke-12 bermula, apakah ’sekadar satu kebetulan’ pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Apakah wujud elemen rasuah di sebalik ‘ganjaran biasiswa’ yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup melacurkan maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa?

AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008.

AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

AMK secara terbuka juga membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan komplot konspirasi terancang yang melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk merencana laporan songsang ini yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi yang boleh memberikan keuntungan politik kepada Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia