Nizar setuju keluar dari kediaman MB

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.Bercakap dalam satu sidang akhbara di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut.Beliau juga mengumumkan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.Menurut Nizar beliau akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.
Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 96 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu.
Manakala SMS yang diterimanya pula menyokong beliau untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Bukit Selambau: Keutamaan Pada Agenda Perubahan!

Sdr Azmin Ali mula menggerakkan jentera pilihanraya DUN Bukit Selambau bersama pimpinan parti Kedah dan Bahagian Merbok petang semalam di Sungai Petani. Maka bermulalah tunjuk rasa penyokong melobi calon mereka. Malah terdapat gesaan dari parti rakan dan tuntutan calon Melayu, Hindraf, pejuang lama dan lain-lain, dengan pelbagai kaedah - sopan, tuntutan dan ugutan!Sayugia disedari keperluan memperkukuh muafakat yang berhasil melahirkan kerajaan Pakatan Rakyat. Dan yang dikira mendesak, keperluan menonjolkan calon yang komited dengan perjuangan dan tidak mudah goyah dengan sogokan atau ugutan.
Rakyat dan pengundi menuntut calon layak dan berwibawa. Pengalaman terkini harus mengajar kita. Dan parti perlu memastikan hasrat murni ini tidak dikorbankan hanya untuk agenda terpenchil.
ANWAR IBRAHIM