Mengenai Jasin

WIKIPEDIA - Jasin merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Negeri Melaka dan bersempadan dengan negeri Johor. Daerah ini terbahagi kepada 20 mukim iaitu:

Mukim di Daerah Jasin

Mukim Keluasan
Ayer Panas 6,746 hektar
Batang Melaka 3,923 hektar
Bukit Senggeh 2,084 hektar
Chabau(Asahan) 3,897 hektar
Chin-Chin 3,329 hektar
Chohong 789 hektar
Jasin 5,477 hektar
Jus 1,048 hektar
Kesang 4,414 hektar
Merlimau 4,674 hektar
Nyalas 8,067 hektar
Rim 4,208 hektar
Sebatu 2,865 hektar
Selandar 6,100 hektar
Sempang 530 hektar
Semujok 2,525 hektar
Serkam 2,606 hektar
Sungai Rambai 2,948 hektar
Tedong 259 hektar
Mukim Umbai 1,307 hektar
Keluasan Daerah Jasin 67,696 hekta

Bandar di Daerah Jasin

  1. Jasin
  2. Merlimau

Pekan di Daerah Jasin

No. Pekan Penduduk (Tahun 2015)
1. Sungai Rambai 5,347
2. Umbai
3. Bemban 5,731
4. Chin-chin 3,614
5. Simpang Bekoh
6. Asahan 3,918
7. Nyalas 4,596
8. Selandar 3,823
9. Batang Melaka 3,681
10. Kesang Pajak 3,285

Jumlah

Bandar
Pekan

Kemudahan di Bandar Jasin

  • Pejabat Majlis Perbandaran JASIN,
Jalan Melaka , 77000 Jasin
  • Hospital JASIN
Jalan Melaka , 77000 Jasin
  • Balai Bomba dan Penyelamat JASIN
Jalan Melaka , 77000 Jasin
  • Ibupejabat Polis Daerah JASIN
Jalan Melaka (Hadapan Taman Muhibbah) , 77000 Jasin
  • Masjid Al-Ghaffar JASIN
Jalan Melaka Bemban , Taman Maju 77000 Jasin
  • Tenaga Nasional Berhad JASIN
Jalan Melaka Bemban , Taman Maju 77000 Jasin
  • Telekom Malaysia Berhad JASIN
Jalan Melaka Simpang SMK Agama Tun Perak 77000 Jasin
  • Syarikat Air Melaka JASIN
Jalan Melaka Bemban , Taman Maju 77000 Jasin

Pendidikan

Pendidikan Menengah
  • MRSM Tun Ghafar Baba
Jalan Sempang Kerayong, 77000 Jasin, Melaka.
  • SBP Integrasi Selandar
Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
  • SMK Iskandar Shah
Jalan Kelubi, 77000 Jasin, Melaka.
  • SMK Dang Anum
Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka.
  • SMK (A) Tun Perak
Jalan Bunga Tanjung (Jalan Taman Maju), 77000 Jasin, Melaka.
  • SMK Datuk Bendahara
Jalan Pegawai, 77000 Jasin, Melaka.
  • SMK Seri Bemban
Jalan Ayer Panas, 77200 Bemban, Melaka.
  • SMK Simpang Bekoh
Jalan Asahan, 77100 Jasin, Melaka.
  • SMK Selandar
Pejabat Pos Selandar, 77500 Selandar, Melaka.
  • SMK Sungai Rambai
Jalan Parit Putat, 77400 Sungai Rambai, Melaka.
  • SMK Jasin
Jalan Bunga Tanjung, 77000 Jasin, Melaka.
  • SMK Sri Mahkota
KM16, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.
  • SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kob
Jalan Jasin, 77300 Merlimau, Melaka.
  • SMK Teknik Jasin
Jalan Kemendor, 77000 Jasin, Melaka.
  • SMK Nyalas
Jalan Melangkan, Nyalas, 77100 Asahan, Melaka.
Institut Pengajian Tinggi Awam
  • Politeknik Merlimau
Karung Berkunci 1031, Pejabat Pos Merlimau, 77300 Merlimau, Melaka.
  • Universiti Teknologi MARA
77000 Jasin, Melaka.
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
77000 Jasin, Melaka.
  • Kolej Komuniti Jasin
77000 Jasin, Melaka.
  • Kolej Komuniti Selandar
Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
Unit Badan Pertahanan
  • Pusat Lagenda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Asahan
KM 69, Jalan Kolam Air, Mukim Chabau, 77100 Asahan, Melaka.

Dewan Orang Ramai dan Pusat Kompleks

  • Dewan Dato Haji Ithnin MERLIMAU
Jalan Batu Gajah 77300 Merlimau
  • Dewan Hang Kasturi SELANDAR
Jalan Selandar 77500 Selandar
  • Kompleks Sukan Negara Saujana ASAHAN
Jalan Kolam Air 77100 Asahan

Bandar Merlimau
Pekan Asahan (Sek.1-2)
Pekan Batang Melaka (Sek.1 -2)
Pekan Bemban
Pekan Chin Chin
Pekan Kesang Pajak
Pekan Nyalas
Pekan Selandar
Pekan Sempang Bekoh
Pekan Sungai Rambai

Dalam dalam daerah Jasin, terdapat pekan-pekan kecil iaitu Pekan Batang Melaka, Pekan Nyalas, Pekan Selandar, Pekan Kesang Pajak, Pekan Simpang Bekoh, Pekan Asahan, Pekan Bemban, Pekan Chin-Chin dan Pekan Sungai Rambai. Pusat pentadbiran daerah ini iaitu Majlis Perbandaran Jasin terletak di Bandar Jasin.

Jasin kini memiliki sebuah hopital kerajaan yang baru, iaitu Hospital Daerah Jasin. Hospital ini juga berfungsi sebagai hospital pengajaran untuk Kolej Perubatan Manipal Melaka. Pada tahun 2007, Jasin telah dinaiktaraf dari Majlis Daerah Jasin kepada Majlis Perbandaran Jasin.

Asahan , 26 km dari Bandar Jasin ialah tempat pelancongan utama di Daerah Jasin dan terkenal dengan Gunung Ledang.

Pengangkutan

Jasin boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara-Selatan di persimpangan Tol Jasin.(14 kilometer dari Bandar Jasin dan 18 kilometer dari Pekan Merlimau) Jasin juga boleh dihubungkan melalui Lebuh Raya tersebut melalui susur keluar Tol Ayer Keroh (20km dari Bandar Jasin) atau Tol Tangkak (18 kilometer dari Pekan Jasin). Landasan kereta api memasuki bahagian utara daerah Jasin. Jasin boleh dihubungi melalui kereta api menerusi Stesen kereta Api Batang Melaka yang berada dalam kawasan Negeri Sembilan. Jaraknya 22 kilometer dari Bandar Jasin, 10 kilometer dari Pekan Selandar. 

Walau bagaimanapun Stesen Kereta Api Pulau Sebang di Alor Gajah (dahulu dikenali Stesen KTMB Tampin) merupakan stesen KTMB yang utama bagi seluruh Negeri Melaka kerana stesen ini semua jenis ekspres KTMB berhenti berbanding stesen Batang Melaka hanya jenis train yang tertentu sahaja berhenti. Orang ramai boleh menggunakan kenderaan teksi dan bas untuk ke Jasin yang mengambil masa 50 minit jika berkereta dari KTMB Pulau Sebang.

Namun demikian daerah Jasin juga terlibat dengan projek landasan kereta api berkembar elektrik antara Seremban dan Gemas turut melalui daerah Jasin. Sebuah stesen kereta api yang baru akan dibina di Batang Melaka yang mana lokasinya terletak dalam wilayah Negeri Melaka beberapa meter sahaja dari stesen KTMB Batang Melaka sekarang ini. Siapnya projek ini pada tahun 2012 akan menjadi mercu bagi daerah Jasin khususnya Pekan Batang Melaka, Nyalas dan Selandar yang akan mempunyai stesen kereta api yang moden berbanding sekarang yang letaknya dalam kawasan Negeri Sembilan.Selain itu Perhentian bas Bandar Jasin menghubungkan pengangkutan ke Tangkak dan Bandaraya Melaka selain pekan-pekan kecil yang lain di Jasin. Syarikat Kenderaan Aziz dan Cepat Ekspres melalu Bandar Jasin sebelum meneruskan perjalanan ke pantai timur dari Bandaraya Melaka.