Kenaikan harga minyak,: rakyat berhimpun tunjuk kemarahan

SuaraKeadilan.com
KUALA LUMPUR, 13 Jun (SK) - Sekurang-kurangnya 2000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.
Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.

Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.
Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.
Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.

Beberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan