CADANGAN MUBAHALAH MUFTI PERLIS

Memetik kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 3 Julai lalu:-

"Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah….
…. isu liwat tersebut telah menyebabkan rakyat berbalah dan bertengkar sesama sendiri. Sekarang ini macam-macam cerita kita dengar daripada kes liwat ini. Ada konspirasi, niat jahat.. sampai rakyat pula yang bergaduh."


Kami melihat kenyataan ini sebagai salah satu cadangan bagi menyelesaikan masalah yang semakin rumit. Ditambah pula dengan isu akuan bersumpah Bala baru-baru ini, memperlihatkan lagi keadaan politik Malaysia yang semakin huru-hara. Berdasarkan pemerhatian kami akhir-akhir ini, terdapat tangan-tangan dalam kerajaan Barang Naik yang mula memainkan peranan dengan mewujudkan keraguan di kalangan rakyat. Bukan mudah hendak memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya rakyat luar bandar (majoriti penduduk Jasin adalah di luar bandar). Mungkin bagi golongan celik politik, mereka bijak membaca percaturan konspirasi ini. Tetapi bagaimana dengan yang lain? Ada di kalangan mereka yang mula meragui perkara ini. Pada pandangan kami, mungkin ini (mubahalah) adalah salah satu cara untuk membuktikan kepada rakyat dengan jelas bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah SATU PEMBOHONGAN YANG DAHSYAT!


Menurut Ketua AMK Jasin, Sdr. Zam (gambar), cadangan oleh Mufti Perlis boleh dipertimbangkan dalam senario yang semakin rumit kini. Kami sedar bahawa pandangan sebegini bakal mengundang kontroversi. Malah, belum pun kenyataan ini dikeluarkan secara rasmi, ramai individu prihatin yang telah menghubungi kami.. mempersoalkan sama ada kami meragui keperibadian Anwar sehingga menyokong cadangan mubahalah yang diusulkan? Adakah kami meragui Anwar? Tidak sama sekali! AMK Jasin sentiasa berdiri teguh bersama KeADILan dan pemimpin de factor, Anwar Ibrahim! Kami sedar bahawa, dalam proses membentuk kerajaan Malaysia baru, kita tidak akan terlepas dari cubaan-cubaan menggagalkan usaha ini.

1 ulasan:

  1. Well for me its better to be more realistic.

    BalasPadam