Ketua AMK bersama DSAI di Jasin; pasca pembebasan Anwar


Sumber: AngkatanMuda.Org

Melaka 18 Julai - Ketua Angkatan Muda keADILan (AMK)
Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi penjelasan berkenaan kes terbaru
yang melibatkan tuduhan salah laku seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjelaskan implikasi dari tuduhan tersebut yang dituduh di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, sekiranya disabitkan, Anwar akan dikenakan hukuman minima penjara 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, PRU ke-13 akan dijalankan. Ianya
dijangka akan memberi kelegaan besar kepada Najib selaku bakal Pengerusi BN dalam masa tersebut. Ini merupakan alasan sebenar mengapa konspirasi ke-2 ini
diadakan, iaitu untuk memastikan BN/UMNO akan menang besar pada pilihanraya yang akan datang, sekaligus menebus kekalahan teruk kepada Pakatan Rakyat pada PRU ke-12. Beliau berkata demikian ketika berceramah di Hamas, Simpang Kemendor, Jasin yang dihadiri lebih 10 ribu rakyat Melaka dan kawasan sekitarnya.

Beliau turut mengecam pihak polis yang menggunakan kaedah kasar dan keras
ketika menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 1.30 tgh hari 16 Julai lalu. Walaupun peguam Anwar telah mengesahkan persetujuan anak guamnya untuk hadir sebelum jam 2 petang hari yang sama, selaras dengan tempoh yang dinyatakan di dalam waran tangkap yang dikeluarkan terhdapnya, namun pihak polis tetap menahan Anwar walaupun tempoh masa yang diberikan belum tamat. Alasan yang diberi polis bahawa Anwar ditahan kerana melencong dari jalan yang menuju ke IPK, sebaliknya menuju ke rumah beliau menyebabkan pihak polis menyangka beliau sengaja tidak mahu hadir ke IPK sebelum tempoh tersebut tamat. Sangkaan buruk pihak polis ini ditempelak oleh Shamsul.


“Jarak IPK dari rumah Anwar hanyalah 5 km. Malah masa perjalanan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit. Tidak timbul isu Datuk Seri Anwar tidak sempat sampai ke IPK sebelum jam 2 petang”, jelas beliau.
Shamsul turut menerangkan kenapa Anwar tidak hadir ke IPK pada 14 Julai lalu.




“14 Julai lalu, polis telah mendapatkan perintah mahkamah bahawa Anwar dan para penyokongnya dilarang berada 5 km dari mahkamah. Setelah kita ukur dan perhalusi, kita mendapati IPK berada dalam 5 km dari mahkamah. Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke IPK tersebut, beliau akan ditangkap kerana melanggar perintah mahkamah. Sebenarnya, itulah taktik yang digunakan oleh pihak polis untuk memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim”, tegas beliau.


Ketika Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke lokasi, beliau dikawal ketat oleh Skuad AMK Melaka serta dibantu oleh Skuad AMK Selangor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Di dalam ceramah beliau, beliau menceritakan pengalaman beliau sewaktu berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek. Keadaan gamat seketika dengan gelak ketawa hadirin apabila beliau menceritakan bagaimana Shabery ‘berbuih mulut’ cuba mengelak dari menjawab hujah yang dikemukakan beliau. Namun beliau sedikit kesal kerana tidak dapat berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kerana cukup bagi pakatan rakyat mewakilkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk berhujah dengan Menteri Penerangan. Walaubagaimanapun, peluang sekali seumur hidup tersebut tetap digunakan sebaiknya untuk beliau menjelaskan sendiri kepada rakyat mekanisma yang akan diguna pakai oleh pakatan rakyat untuk menurunkan harga minyak.




Beliau turut mengulangi komitmen beliau untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam jangka masa yang terdekat walaupun kes tuduhan salah laku seksnya yang terbarunya sedang dibicarakan di mahkamah.






AmkMelaka.Blogspot:



Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS Melaka kerana telah memberi ruang, kemudahan dan bantuan kepada PKR Melaka dalam menjayakan ceramah Rapat Umum pada 18 Julai 2008 yang lalu di Dataran Hamas, Kemendor, Jasin. Terima kasih juga untuk rakan dari DAP yang telah sama-sama turun memberikan sokongan. Kami dari AMK Melaka amat hargai bantuan yang telah diberikan. Sesungguhnya dengan bantuan dan kerjasama yang terjalin telah membuktikan bahawa kita dari Pakatan Rakyat dapat bekerjasama dan bersatu hati dalam menjayakan agenda Pakatan Rakyat.


Terima kasih juga kepada AMK Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program pada hari tersebut. Komitmen yang telah diberikan sejak awal lagi tidak boleh dipertikaikan. Penglibatan AMK Selangor, wilayah persekutuan dan Negeri Sembilan dalam menyebarkan maklumat, keselamatan sehinggalah dalam perjalanan majlis pada 18 Julai 2008 adalah komitmet yang terpuji. Bantuan yang telah diberikan telah melancarkan lagi segala persediaan dan aktiviti pada hari tersebut.





TAHNIAH dan Syabas utk AMK Melaka dan PKR Bahagian Jasin. Untuk kerja tidak sampai 48 jam, lebih dari 10 ribu orang yg hadir pada malam tu. TAHNIAH...



(Gambar sekitar program, sila klik sini)

1 ulasan: