Nafikan Penglibatan, Najib Berbohong!

Sumber dari AngkatanMuda.Org


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

2 Julai 2008

Nafikan Penglibatan, Najib Berbohong!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak adalah merupakan satu pembohongan di sebalik penafian yang sangat dangkal dan langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.

Pembohongan beliau bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.

Kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas ‘untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran’ juga menimbulkan pertikaian besar. Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?

Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen (13 Februari 2008), dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihanraya Umum Ke-12 bermula, apakah ’sekadar satu kebetulan’ pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Apakah wujud elemen rasuah di sebalik ‘ganjaran biasiswa’ yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup melacurkan maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa?

AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008.

AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

AMK secara terbuka juga membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan komplot konspirasi terancang yang melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk merencana laporan songsang ini yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi yang boleh memberikan keuntungan politik kepada Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals