SIDANG MEDIA KeADILan BAHAGIAN JASIN

Dalam satu sidang media yang diadakan pada 30 Jun lalu, para pemimpim dan Jawatankuasa KeADILAn Bahagian Jasin telah menyatakan sokongan penuh terhadap Penasihat Parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan yakin bahawa isu yang dibangkitkan adalah fitnah semata-mata. Selain dari bertujuan untuk menyekat karier politik DSAI, ia juga mempunyai motif untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga petrol, barang dan tarif elektrik yang telah memberi tekanan besar kepada rakyat.
Sidang media yang diketuai oleh Naib Ketua Bahagian Jasin, Hj. Abd Manan Ismail itu diadakan di Pejabat KeADILan Taman Maju, Jasin sekitar jam 3.00 petang dan turut mendapat liputan akhbar Sinar Harian (seperti yang disiarkan pada 2 Julai 2008). Dalam Sidang Media tersebut, Ketua AMK, Sdr. Zam menyeru kepada semua penyokong agar bersabar dan bertenang dengan konspirasi berbentuk fitnah ini. Beliau juga percaya bahawa tuduhan itu berkemungkinan akan mencipta satu lagi tsunami politik selepas Pilihanraya Umum-12 baru-baru ini.

Sidang Media AMK Negeri Melaka

Satu lagi Sidang Media pada hari yang sama juga (jam 8.00 malam), telah diadakan oleh Angkatan Muda KeADILan Negeri Melaka di Pejabat KeADILan Taman Asean, Malim. Sidang media tersebut yang diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Negeri Melaka, Sdr. Hairiz, turut menyatakan sokongan penuh terhadap DSAI dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan cuba menjatuhkan DSAI untuk kali kedua. Konspirasi yang berlaku kali ini sememangnya melibatkan kepentingan politik pihak tertentu kerana pendakwa, Saiful Bukhari Azlan mempunyai hubungan rapat dengan badan kerajaan BN terutamanya Timbalan PM. Sidang media turut disertai seluruh Jawatankuasa AMK Negeri Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan