AMK Jasin @ Permatang Pauh

Jumaat (15hb Ogos '08) - AMK Bahagian Jasin dan AMK Negeri Melaka; serta rakan-rakan KeADILan negeri melaka yang lain, bertolak dari Melaka menuju ke Permatang Pauh sebagai tanda memberi sokongan padu terhadap calon PKR PR Kecil Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk bertugas di Daerah Mengundi Tanah Liat Mukim 9 (DUN Penanti). Penamaan calon yang diadakan pada 16hb Ogos lalu di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) telah menghimpunkan ratusan ribu penyokong DSAI dari seluruh pelusuk negara. Pilihanraya kecil Permatang Pauh diadakan setelah Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden KeADILan) meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu bagi memberi laluan kepada Penasihat Parti, DSAI untuk bertanding dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen. Insya Allah. Berikut adalah sekitar hari penamaan calon dan aktiviti AMK semasa berada di Permatang Pauh.

HIMPUNAN RATUSAN RIBU RAKYAT PADA HARI PENAMAAN CALON


Tok Ketua AMK Jasin (Sdr. Zam) dan rakan-rakan...

EDARAN RISALAH DI PASAR TANI bersama KETUA AMK MELAKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan