KAWASAN TERNAKAN ITIK PUNCA PEMCEMARAN

Baru-baru ini, AMK Jasin telah menerima satu aduan daripada orang ramai sekitar kawasan taman desa kesang, mengenai pembukaan satu kawasan ternakan itik berhampiran tempat kediaman mereka. Kawasan ternakan itik yang dibuka kira-kira 7 bulan. Ketua AMK Jasin, Zamzizul Nordin yang melawat kawasan ternakan itu baru-baru ini berkata, kawasan ternakan itu dibina kira-kira 500meter dari Taman Desa Kesang, Kesang Pajak Jasin. Tambah beliau lagi, kawasan pemerliharaan itik itu tidak seharusnya dibina berhanpiran kawasan kediaman kerana akan mendatangkan masalah pencemaran kepada penduduk sekitar.




Aduan dari beberapa pendudukan berhampiran juga ada memberitahu bahawa sejak kawasan ternakan itu dibuka, mereka mula menghadapi masalah lalat yang banyak serta bau busuk dari kawasan ternakan itu. selain itu, bunyi bising ternakan itu juga boleh di dengar dengan jelas dari kawasan kediaman mereka. Tinjauan oleh AMK Jasin di kawasan tersebut baru-baru ini juga mendapat kawasan ternakan seluas 10 hektar itu tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna dan bahan kumbahan dari kawasan itu juga disalurkan ke sungai berhampiran. Pekerja di kawasan itu juga tidak pasti sama ada pembinaan kawasan itu mempunyai lesen atau tidak. Sdr. Zamzizul menegaskan bahawa pembinaan kawasan itu sepatutnya dibuat selepas laporan EIA (Environmental Impact Assessment) diluluskan. Dan jika pembinaannya telah diluluskan, apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimana ini berlaku sedangkan kedudukan tempat itu adalah berhampiran kawasan kediaman.

Sehubungan dengan itu, AMK Jasin mendesak agar pihak berkuasa menyiasat status pembinaan kawasan ternakan itu, sama ada ia dibina secara haram atau berlesen. Kami juga mencadangkan agar kawasan itu dipindahkan ke kawasan lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan