Peningkatan kedudukan universiti lembab di bawah Barisan Nasional

From : Shamsul Iskandar Mohd. Akin (Ketua AMK Malaysia)

Akhbar harian hari ini melaporkan 4 daripada 5 universiti di Malaysia telah memperbaiki kedudukan mereka didalam kedudukan universiti terbaik dunia.Antaranya, dalam artikel The Star yang bertajuk, "Varsities improve on rankings" tulisan Chui Tuck Wo, dinyatakan bahawa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukan tertinggi mereka dikalangan universiti tempatan apabila berada di tangga 230 berbanding dengan ditangga ke 246 tahun lalu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada di tangga ke 250 berbanding dengan ditangga ke 309 tahun lalu. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut memperbaiki kedudukan mereka apabila berada di ranking ke 320 (dari 364) dan 356 (dari 415).Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) yang terpilih sebagai universiti Apex baru-baru ini jatuh kedudukannya dari tangga ke 307 tahun lalu ke 313.

Walaupun empat daripada lima universiti tempatan berjaya meningkatkan prestasi mereka, ianya tidak membanggakan dan bermakna kerana tidak ada satu pun yang berjaya tersenarai sebagai 100 universiti terbaik dunia, sebaliknya masih dibawah tangga ke 200 universiti terbaik dunia.Hakikatnya, universiti di Malaysia masih tertinggal jauh berbanding dengan universiti di negara-negara Asia yang lain.

University of Tokyo berada di tangga ke 19, Kyoto University berada di tangga ke 25, University of Hong Kong pula mendapat tempat ke 26, sementara National University of Singapore (NUS) berada di tangga ke 30.Ironisnya USM yang terpilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex yang seharusnya berada di tangga ke 50 universiti dunia pada tahun 2020 jatuh kedudukannya sebanyak 6 tangga.

Penyertaan USM dalam program Apex yang sepatutnya menunjukkan kemajuan sebaliknya memperlihatkan kemerosotan bukan sahaja menjatuhkan imej negara di mata dunia tetapi menjejaskan keyakinan masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap mutu pendidikan negara kita.

Kami tidak terkejut dengan peningkatan kedudukan universiti tempatan yang lembab didalam kedudukan universiti terbaik dunia memandang Barisan Nasional masih mentadbir urus negara ini dalam keadaan yang berkecelaru, penuh dengan kepincangan dan mengekalkan sekatan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Perubahan yang serta merta dalam semua aspek masyarakat dan dasar negara khususnya pendidikan yang merupakan asas pembangunan negara adalah perlu sebelum terlambat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan