AMK Kecam Penunjuk Perasaan Memecah Masyarakat


Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengecam tindakan pihak tertentu mengadakan demonstrasi  esok.

Beliau berkata tindakan ini bukan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah sebaliknya akan menimbulkan provokasi di kalangan rakyat.

 “Jadi pada saya ini bukan satu tindakan yang bijak malah menampakkan ketidakmatangan kepimpinan negara kita dalam menyelesaikan kes ini. 

“Kita tidak pernah dalam Malaysia ini perlu menyelesaikan masalah agama dengan cara berdemonstrasi.”

Beliau turut meyokong Pemuda PAS yang merancang mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama Ketua Paderi Katolik Kuala Lumpur, Tan Seri Murphy Nicholas Xavier dalam tempoh terdekat.


“Saya yakin pihak yang terbabit dalam hal ini, pihak gereja Katolik dan Pemuda Pas sendiri akan boleh menyelesaikan masalah ini melalui meja rundingan.”

Beliau berkata sesi pertemuan dan dialog ini dilihat sebagai usaha menjernihkan keadaan ketegangan kerana Islam sendiri menuntut pengganutnya supaya bermesyuarah untuk mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah


Sumber : TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals