PKR Arah Zulklifi 'Tutup Mulut'

Ahli parlimen kontroversi PKR, Zulkifli Noordin telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu bagi menentukan tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya berhubung tindakannya membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.


Menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution sementara menunggu jawatankuasa disiplin bermesyuarat, Zulklifli dilarang bercadang kepada media.

Sebelum ini, ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu mendakwa "firaun' kecil" kini menyalak menuntut "kepalanya dipenggal."

Keputusan "tutup mulut" itu dibuat oleh biro politik parti itu yang bermesyuarat tengahari tadi.

Mesy
uarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.

Zulklifli (kanan) bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu.
Tindakan 'tutup mulut' itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kelantangannya yang dianggap membelakangkan parti.
Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama.

Forum berkenaan kemudiannya terpaksa dibatalkan. November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa.

Sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan