Polis Tidak Perlu Keterangan Azmin?

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan "anih"  selaku Menteri Dalam Negeri apabila mengumumkan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung dakwaannya beberapa  ahli  Pemuda Umno terbabit dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.

Hishamuddin menuduh Azmin sebagai membuat "kenyataan politik" namun hakikat ialah sebagai Menteri bertanggungjawab atas keselamatan, beliau harus mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan berani yang dibuat Azmin.

Sebaliknya Hishamuddin berkata Azmin bebas untuk membuat kenyataan namun polis tidak akan mengambil keterangannya, Malaysiakini melaporkan.

"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," kata Hishamuddin.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin semalam yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan Pemuda Umno Bahagian Gombak dan Ampang dalam kes membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menolak keperluan polis untuk menyiasat kenyataan Azmin yang tentunya mempunyai bukti untuk membuat pendedahan sebegitu.

Sebaliknya Hishamuddin berkata Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun "kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu." 

Kenyataan Hishamuddin itu tentunya akan menguatkan persepsi bahawa pimpinan tertinggi kerajaan dari Umno sekali lagi menutup atau menghalang polis daripada menyiasat segala aspek bersabit serangan terhadap rumah ibadat sejak tiga minggu lalu.

Sumber : TvSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan