Tunku Mahkota Johor Dilantik Sebagai Pemangku Sultan


JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar dilantik Pemangku Raja selepas ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, dimasukkan ke hospital di sini hari ini kerana gering.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad mengumumkan Sultan Iskandar telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini.

"Dengan ini Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan di bawah Fasal 9(1)(b)dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tuboh Kerajaan Negeri Johor 1895 setelah menerima laporan kesihatan daripada tiga pakar perubatan bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas Raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar," beliau mengumumkan di Istana Besar Johor Baharu di sini hari ini.

Tunku Osman turut meminta rakyat berdoa supaya Sultan Iskandar sembuh sebagaimana sediakala.

Majlis itu dihadiri oleh Exco kerajaan negeri. - BERNAMA

Sumber : mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals