Kedah Peruntuk RM3.6 Juta Untuk "Kafalah" 2010

ALOR SETAR, 9 Feb: Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta bagi membiayai skim Kafalah bagi tahun 2010 mulai awal tahun ini.

Skim Kifalah sebelum ini telah ditukar dengan sebutan asalnya kini iaitu Kafalah bagi menepati ciri-ciri sebutan tersebut bagi membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pengurusan jenazah.

Menurut Menteri Besar lagi, penerima skim ini dilakukan berdasarkan kepada pendaftaran yang telah dilakukan oleh waris ataupun ahli keluarga di bawah program e-Sinar sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

"Melalui skim ini maka waris akan menerima RM500, namun begitu pendapatan isi rumah haruslah kurang daripada RM720 bagi melayakkan mereka tersenarai dalam kategori ini.

"Dibawah skim Kafalah ini ianya adalah adil dan tidak mengambil kira ideologi politik mana-mana pihak. Oleh kerana itu skim ini juga sebagai satu usaha Kerajaan Negeri membantu golongan yang tidak berkemampuan.

"Ia juga membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat selain daripada menyediakan rumah kepada golongan miskin bagi mencapai matlamat setinggan sifar di negeri Kedah ini."

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Skim Kafalah Kedah.

Sumber : Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals