Rayuan Permohonan Gugur Tuduhan Konspirasi II 12 Februari Depan

Rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan pertuduhan dalam perbicaraan konspirasi dua akan di dengarkan di Mahkamah Rayuan 12 Febuari depan.

Hakim Alauddin Mohd Sheriff mengesahkan tarikh itu secara lisan kepada peguam Wan Anuar Shaddat yang mewakili mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Turut hadir sama dalam pertemuan itu adalah Timbalan Pendakwaraya Wong Chiang Kiat.

TV Selangor difahamkan peguam Anwar memohon mahkamah untuk mempercepatkan tarikh bagi mendengar rayuan ini supaya ia tidak menganggu perjalanan perbicaraan konspirasi dua yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan yang sama, Hakim Alauddin turut memaklumkan bahawa tarikh mendengar rayuan semak semula perintah Mahkamah Persekutuan menyekat peguambela dari bukti dalam simpanan pendakwaraya akan ditetapkan seawalnya minggu hadapan

Sumber : TvSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals