AMK Hantar Fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi Kepada PM

SHAH ALAM  9 Mac - Angkatan Muda KEADILAN akan menghantar salinan VCD Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung fatwa beliau dalam kes fitnah dan pertuduhan liwat yang dihadapi Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya esok.                                     
Ketua AMK  Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata salinan VCD itu akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Jamil Khir Baharom.
VCD berjudul "Fatwa Mutakhir Yusuf Al Qaradawi" mengandungi rakaman sidang video fatwa ulama tersohor dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar.
"Tujuan kami menghantar salinan VCD ini agar PM mendengar fatwa yang dikeluarkan ulama yang telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 dan supaya ia menjadi panduan kepada beliau untuk mengambil tindakan dan bukan hanya berdiam diri.

"Kita mendesak Najib supaya menghormati undang-undang syariah dan fatwa dari ulama  besar ini. Jika Najib gagal mematuhi fatwa ini kami cabar beliau menarik balik anugerah yang diberikan kepada Sheikh Yusuf Al Qaradawi," tegas beliau.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari lalu di kediaman Sheikh Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals