Keluar Parti Propaganda Umno-BN

KUALA LUMPUR 8 Mac - Ketua Cabang KEADILAN Papar hari ini menafikan laporan agensi berita Bernama mengenai 120 ahli parti menyertai Umno kerana menyokong gagasan 1Malaysia dan menyifatkan berita tersebut hanya propaganda Umno-Barisan Nasional.

Silvester Balon Mujim yang dihubungi Suara Keadilan menegaskan laporan tersebut tidak benar dan bertujuan menunjukkan Umno-BN masih diterima di Sabah tetapi hakikat adalah sebaliknya.

"Tidak betul mana ada 120 orang keluar parti yang keluar hanya 2 orang sahaja itupun mereka bukannya ahli KEADILAN. Mereka sebenarnya penyokong Umno, dekat sini sudah biasa seseorang itu menyokong dua parti.

"Saya akan membuat semakan terperinci dan akan keluarkan kenyataan esok bagi menyanggah apa yang diterbitkan di dalam media tersebut," jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan