SPR Mesyuarat 2 April Tentukan Tarikh Penamaan Calon, PRK


KUALA LUMPUR 26 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada hari Jumaat 2 April depan untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, demikian menurut Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Notis pengosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor akan dihantar kepada SPR pada hari Isnin. Satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi kawasan itu," kata beliau.

Kerusi tersebut kosong berikutun kematiannya penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad semalam akibat barah otak yang dipercayai dihidapinya sejak tahun 2000 pada usia 71 tahun.

Dr Zainal mengalahkan calon Barisan Nasional dari MIC, Datuk G. Palanivel dengan kelebihan sebanyak 198 undi.Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,593 pengundi di mana 53.94 peratus adalah Melayu, 26.67 peratus Cina dan 18.98 peratus India serta 0.41 peratus lain-lain bangsa.

MIC telahpun menamakan Palanivel sebagai calonnya sebelum pun Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membuat sebarang keputusan.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Angkatan Muda Keadilan

Cabang Jasin  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan