Zunar Kartunis - Mereka Yang Melompat Parti Pengecut

Kenyataan Akhbar Aktivis Reformasi
 
3 Mac 2010
 
Kami diberi mandat untuk mewakili lebih 2000 aktivis reformasi seluruh negara dengan ini

dengan tegas menyatakan:


1. Kami Menyokong penuh kempimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kami percaya hanya
beliau mempunyai iltizam yang kuat dan mampu untuk membawa agenda reformasi serta
perubahan di negara ini. Menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri
Malaysia.

2. Menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat,
kerana agenda Pakatan Rakyat jelas membawa perubahan; menghapuskan rasuah dan
merealisasikan hasrat 'Malaysia Baru'.

4. Tindakan ahli-ahli Parlimen yang melompat parti adalah tindakan golongan pengecut. Tindakan
mereka juga jelas merupakan pengkhianatan kepada pengundi yang telah mengundi mereka dalam
pilihanraya umum lepas untuk mewakili mereka melaksanakan agenda perubahan seperti yang
dinyatakan dalam manifesto.
5. Oleh itu, kami mencabar golongan ini supaya bersikap 'jantan' dengan mengosongkan kerusi
Parlimen masing-masing bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Hanya dengan cara itu
dapat mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan sama ada tindakan mereka
mendapat restu pengundi.

6. Menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstarasi aman di kawasan Parlimen
masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti.

7. Mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka
kerana amalan ini adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia.

8. Menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat jumlah wang
yang ditawarkan kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti dan mengheret mereka ke muka
pengadilan.


Wakil-wakil aktivis reformasi:

Nasir Isa
Mohd Hamdi Mohd Said
Badaruddin Ismail
Syed Baniamin Syed Baharuddin
Norzairi Jantan
Sow Hock Hin
Badrulhisham Mohd hanafiah
Mohd Hafifudin Nordin
Pospan Lingam Sinakanu
Abdul Rahman Hackeem
Zainal Misran (Enot)
Zunar
Haili Ahmad


oleh: Aktivis Reformasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan