Mafrel Nafi Ia Alat Pembangkang

Badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election(Mafrel) menafikan dakwaan timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang melabelkan NGO itu sebagai alat pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.

Ia berikutan laporan dalam Sinar Harian di mana Mafrel mendakwa Barisan Nasional melanggar undang-undang pilihan raya.

Presiden Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata ulasannya merujuk kepada BN kerana seorang wartawan secara khusus menyoalnya berhubung lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, empat hari lalu.

"Seorang wartawan meminta saya mengulas kenyataan timbalan perdana menteri yang menjanjikan empat sekolah baru ketika melawat Hulu Selangor,” katanya.

Menurut Syed Ibrahim pengedaran kebajikan yang dijanjikan itu mungkin dapat diterima sebagai sebahagian daripada tugas wakil rakyat tetapi mengkiaskan siapa yang patut diundi sebelum tempoh berkempen adalah salah.

“Pemerhatian kami adalah berdasarkan kenyataan yang dibuat kepada media oleh kedua-dua pihak. Meskipun kedua-dua pihak ada menawarkan bantuan kebajikan, namun BN membuat kiasan yang rakyat seharusnya mengundi mereka,” katanya.
Muhyiddin pada 2 April lalu mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Belaiu juga dilaporkan berkata kementerian pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Sehari kemudian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.





Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals