Timbalan Ketua AMK, 4 Anggota Skuad AMK Didakwa Di Mahkamah Majistret

KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa dan empat anggota Skuad AMK dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pukul 9 pagi tadi atas berhubung tindakan menggoyak serta menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang dianggap provokatif.

Mereka yang ditahan semalam Restoran 1Malaysia di Bukit Sentosa ketika hendak berhenti rehat kira-kira pukul 7.30 petang semalam dan direman semalaman di Balai Polis Bukit Sentosa sebelum dibawa ke mahkamah di sini hari ini.

Kenderaan mereka juga turut disita. Kelima-lima mereka didakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Sehubungan itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditemubual Suara Keadilan di Balai Polis Bukit Sentosa semalam mengecam tindakan pihak polis yang menahan Timbalan Fariz serta anggota Skuad AMK.

Shamsul pula menjangkakan penahanan tersebut berkaitan dengan tindakan mereka yang menurunkan kain rentang dan papan iklan yang bersifat provokatif sepanjang kempen berlangsung.



"Kita telah berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya semenjak sebelum penamaan calon lagi dan kita juga telah mempunyai "understanding" dengan mereka berkenaan perjalanan pilihan raya kecil ini"

"Tindakan menurunkan kain rentang dan papan iklan adalah inisiatif AMK dan Srikandi bagi membantu tugas SPR menguatkuasakan peraturan pilihan raya," kata Shamsul.

Beliau berharap pihak polis akan bersikap dengan lebih berhemah dan telus dalam menjalankan tugas mereka.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang turut berada di balai polis itu berkata tindakan tersebut adalah bermotifkan politik.

"Kita masih belum dimaklumkan sebab penangkapan ke atas mereka. Sekiranya pihak polis ragu-ragu untuk menyiasat jenis kesalahan tersebut, kami mendesak agar kesemua mereka dibebaskan dengan segera.

"Setiap orang yang ditahan perlu tahu sebab-sebab dia ditahan. Kami khuatir yang penangkapan ini merupakan satu tindakan yang bermotifkan politik.

"Kami juga perlu tahu, adakah mereka ditangkap berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak tertentu, namun pihak polis gagal untuk menunjukkan salinan laporan tersebut" " tegas Yusmadi yang juga merupakan seorang peguam.
Sumber: Suara-Keadilan

 
Pejabat Angk
atan Muda Keadilan

Cabang Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan