Zaid terima kalah, salahkan ‘politik beli undi’

TMI - HULU SELANGOR, 25 April — Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahan dengan hati terbuka tetapi pada masa sama menyalahkan strategi “membeli undi” yang dilakukan Barisan Nasional sebagai punca kekalahan beliau.

“Sudah tentu apabila kalah kita tidak akan berasa gembira.

“Tetapi bagi saya itu tidak mengapa yang penting kita telah mencuba.

“Selain itu, dalam setiap pertandingan kita mesti menjangkakan sama ada menang ataupu kalah,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan di Stadium Mini Kuala Kubu Baru dekat sini.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, beliau mengatakan kekalahnya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor berpunca daripada stategi BN yang “membeli undi”.

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi.

“Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk  dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan rasuah dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam.

“Kita boleh lihat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membelanjakan sehingga RM64 juta untuk membeli undi pada pilihan raya ini.

“Jadi saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya  umum ke-13 nanti,” katanya.

Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals