Bala Setuju Beri Keterangan Di London Julai Depan


SUARAKEADILAN - SHAH ALAM 20 Mei - Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bersetuju untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada bulan Julai depan di London kata peguam beliau, Americk Singh Sidhu.

Dalam satu kenyataan media hari ini yang diemel kepada Suara Keadilan, Americk berkata anak guamnya juga mengenakan syarat sepertimana yang telah dimaklumkan kepada SPRM sebelum ini.

Ini termasuk agensi itu menanggung segala kos tambang penerbangan, kediaman, sara hidup bagi beliau dan pasukan peguam sepanjang proses memberi keterangan.

Keterangan tersebut akan dirakam dan Bala hendaklah diberi satu salinan pita rakaman dan apa jua dokumen yang SPRM kehendaki Bala untuk menandatangan. Ini adalah permintaan yang munasabah," kata kemyataan itu yang juga disiarkan bersama peguam Manjeet Singh Dhillon.
Sebelum ini pihak SPRM telah membantah kebanyakan daripada syarat yang dikenakan oleh Bala dan sebaliknya mencadangkan agar sesi memberi keterangan itu diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

"Kita tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh SPRM dan telah menyatakan pandangan kami dalam surat bertarikh 22 Januari 2010 tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang respons.

"Walau bagaimanpun kami agak terkejut apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Shukri Abdull berkata dalam satu kenyataannya dalam Bernama pada 19 April 2010 bahawa SPRM bersetuju merekodkan keterangan Bala di mana jua hatta di luar negara. Kenyataan beliau itu melegakan pihak kami. Jaminan beliau bahawa peguam bala dibenarkan berada bersama beliau semasa soalsiasat juga kami terima dengan baik," kata Americk lagi.

Americk menambah pihaknya akan memberi segala kerjasama kepada pihak SPRM bagim menyelesaikan perkara ini seberapa segera.

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan