Kereta Ketua Polis Selangor Yang Dicuri Dijumpai

MALAYSIAKINI - Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.
Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara, Sungai Buloh pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard kertea yang berbunyi: "Sorry PDRM tesilap sapu."

Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.
Menurut timbalan pengarah, jabatan siasatan jenayah Selangor, Asst Comm Khaw Kok Chin, polis masih menyiasat sama ada sindiket mencuri kereta terbabit dengan kehilangan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata kereta itu kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah. Menurutnya kereta itu akan dibawa kembali e Shah Alam.

Pada 6 Mei lalu, kereta itu dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam. Ketika kejadian, pemandunya yang membawa kereta berkenaan sedang bersarapan di sebuah restoran manakala Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan