Ketua Pembangkang Tetap Anwar


SUARAKEADILAN - SHAH ALAM 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang di parlimen berdasarkan kesepakatan KEADILAN, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat

Mengulas kedudukan Anwar, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendirian DAP jelas dalam isu tersebut.

"DAP secara jelas menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang dan Pakatan.

"Tidak timbul isu bilangan kerusi dan jika kenyataan yang mempertikaikan ianya jelas perangkap Umno-Barisan Nasional.
Anthony juga meminta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya tidak menjaga tepi kain orang sebaliknya menyelesaikan masalah yang bergelumang dalam Umno dahulu.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari KEADILAN juga berkongsi pendapat yang sama.

"Tiada isu tentang jawatan tersebut kerana ini adalah keputusan bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan tidak ada sesiapa yang mempersoalkannya,"

"Sebagai contoh, kita boleh mengambil kerajaan negeri Perak sebelum ini secara bersama memilih Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar," tambahnya.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai pula, Dr Hatta Ramli pula berkata PAS menyokong sepenuhnya Anwar sebagai ketua Pembangkang dan ini telah dipersetujui secara bersama.

"Tidak timbul isu sama ada kita mahu tukar Ketua Pembangkang atau tidak?," soal Hatta.

Selepas PRK Sibu, kedudukan kerusi parlimen di kalangan parti Pakatan Rakyat ialah 29 dimenangi DAP, KEADILAN 24 manakala PAS 23.

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan