Politik Perkauman Sebati Dengan Umno-BN


SUARAKEADILAN - SIBU 14 Mei - Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan Barisan Nasional adalah sebuah parti yang mengamalkan politik perkauman di negara ini malah menyokong badan bukan kerajaan yang memperjuangkan sentimen agama dan kaum.

"Rakyat kena tahu gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional hanyalah sandiwara semata-mata, pada hakikatnya tidak. Ini dapat dibuktikan dengan rancangan perhimpunan 'Bangkit Melayu' sempena 13 Mei di Kuala Terengganu.

"Perhimpunan untuk membangkitkan semangat orang Melayu itu dilihat telah bercanggah dengan keharmonian negara ini. Lagi satu kita kena telitikan kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan tersebut sedangkan bila kita anjur perhimpun pelbagai amaran diberikan malah kita juga ditangkap.
"Umno-BN selain mengamalkan politik perkauman, mereka juga mengamalkan kekerasan kepada rakyat.

Jadi di sini perlu ada perubahan jangan biarkan mereka senang lenang mengamalkan politik perkauman dan kekerasan," dalam ucapannya di pentas DAP di Rejang Park semalam.

Dr Hatta berkata lagi Pakatan Rakyat mahukan politik kesejahteraan rakyat bukan politik perkauman.

"Politik Pakatan dengan BN jauh berbeza, kita mengamalkan politik kesejahteraan rakyat bukan politik kotor Umno-BN. Lihat bagaimana mereka mainkan isu negara Islam di sini dengan harapan masyarakat Cina takut untuk mengundi DAP.

"Isu negara Islam telah lama tidak digunakan, tetapi BN mengambil kesempatan ini bagi menakutkan pengundi Cina di Sibu. Masyarakat Cina di sini kena faham betul-betul apa yang mereka katakan itu semuanya tipu, kita dapat duduk bersama DAP dalam membincangkan segala hal demi kesejahteraan rakyat negara ini.

"Pengundi di sini perlu tolak sepenuhnya politik kotor BN jangan bagi bagi mereka terus menjajah negara yang kita cintai ini. Saya datang ke sini bagi membantu calon kita dari DAP untuk menang. Kerusi ini amat penting bagi rakyat Malaysia dan juga Sibu kerana suara dari DAP dapat menentang segala keputusan BN di dalam parlimen," jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan perubahan besar yang bakal berlaku di Sibu adalah amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tahu rakyat Sibu sudah muak dengan pemerintahannya.

"Kemenangan calon DAP ini dapat memberi tanda kepada Najib bahawa rakyat Sarawak khususnya di Sibu telah muak dengan pemerintahan Najib dan BN. Rakyat sekarang sudah bangkit dan akan menghalau BN dari tanah Sarawak pada pilihan raya negeri nanti," kata Dr Hatta lagi.

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan