Umno-Apco: Anwar Hadapi JK Khas, 8 Jun

MALAYSIAKINI - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar akan dipanggil menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 8 Jun.
Beliau terpaksa mempertahankan dirinya kerana pada sidang Dewan Rakyat yang lalu mendakwa gagasan 1Malaysia yang diterajui oleh firma Apco Worldwide berkaitan dengan kempen 'One Israel'.
MP Bukit Gelugor Karpal Singh, yang juga anggota jawatakuasa itu berkata mesyuarat pertama hari ini bertujuan menyediakan agenda dan jadual mesyuaratnya.

Anggota lain jawatankuasa itu adalah Razali Ibrahim (BN- Muar), Datuk Seri Foong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Nancy Shukri (BN-Batang Saadong), timbalan speaker, Datuk Ronald Kiandee dan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

MP Subang R Sivarasa tidak hadir kerana cuti sakit.

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals