Undi Pakatan Rakyat Pasti BN Bawa Pembangunan


SUARAKEADILAN - SIBU 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat takut kehilangan undi kaum Cina di Sibu apabila sanggup menabur RM18 juta untuk sekolah Cina dan mubaligh - sesuatu yang tidak pernah dilakukan SUPP-Barisan Nasional selama lebih 40 tahun mewakili kawasan parlimen ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata perkara ini amat mengejutkan sehingga pengerusi persatuan sekolah Cina di Sibu berkata kepada beliau ini pertama kali jumlah sebesar ini diterima masyarakat Cina sepanjang 40 tahun lalu.

"Mengapa Perdana Menteri sendiri berkempen dalam pilihan raya kecil sampai turun ke Sibu sebanyak dua kali? Mengapa beliau sanggup beri berjuta-juta kepada sekolah Cina di sini? Jawapannya senang kerana tidak mahu undi Cina lari kepada Pakatan Rakyat sebagaimana berlaku di Rasa, Hulu Selangor baru-baru ini.
"Mengapa jutaan ringgit ini tidak dicurahkan kepada penduduk Melayu di DUN (Dewan Undangan Negeri) Nangka? Adakah orang Melayu sudah kaya-raya dan tidak perlukan bantuan daripada kerajaan pusat? Jawapannya juga mudah kerana walaupun tidak diberi bantuan atau dibuat pembangunan di kawasan Melayu, orang Melayu tetap setia menyokong BN dulu, kini dan selamanya. Inilah masalah yang menghantui rakyat Melayu-Melanau. Mereka telah menjadi mangsa kepada propaganda BN bahawa jika tidak menyokong BN tidak ada pembanguna di kawasan mereka. Setelah lebih 40 tahun tidak ada juga pembangunan, tidak juga selesai masalah tanah dan kehidupan daif mereka masih tida berubah," kata Loke pada ceramah di markas PAS di Kampung Hilir di sini malam tadi.

Loke menjelaskan untuk merubah keadaan hidup mereka yang telah diabaikan BN sekian lama, masyarakat Melayu perlu berani mebuat perubahan dan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada DAP pada pilihan raya kecil 16 Mei nanti.

"Kalau nak tengok perubahan di DUN Nangka ini undi Pakatan Rakyat 16 Mei ini dan lihat apa perhatian BN akan beri kepada kawasan ini. Mahu tudak mahu mereka akan membawa pembangunan kepada kawasan ini kerana mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. jadi Pakatan Rakyat boleh diibaratkan pembawa habuan kepada rakyat," kata Loke lagi.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Dapsy mengingatkan pengundi Sibu bahawa undi mereka bernilai tinggi dan oleh itu jangan mensia-siakan undi yang ada pada tangan mereka.

"Kita kena pandai menggunakan undi yang ada pada tangan kita supaya seperti pengundi Cina di Hulu Selangor, duit RM3 juta dapat tapi undi Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.

 Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan