Rakyat Selangor Bangkit Kutuk Zionis Israel


SK - SHAH ALAM 4 Jun - Kedegilan dan keangkuhan rejim Zionis Israel yang bertindak ganas menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza mendapat bantahan keras rakyat Selangor yang bersama-sama masyarakat dunia mengutuk serta mengecam rejim haram itu.

Pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ketika berucap pada program Solat hajat Perdana dan Pidato Khas Gaza anjuran kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor sekata dalam mengutuk tindakan kejam menyerang dam membunuh aktivis kemanusiaan yang berada di dalam kapal tersebut.

Berikut sedutan ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan pimpinan NGO.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

"Ini perjuangan yang jelas untuk kita bangkit menentang kezaliman Israel, semua orang Islam dan bukan Islam mesti terus berjuang agar kita tidak lagi dipergunakan oleh Zionia Israel. Kita perlu bersatu, kerana bila bersatulah dapat memantapkan kekuatan kita menentang kezaliman, kita berjuang untuk kembalikan keamanan bukan melakukan kekacauan sehingga boleh mecetus sesuatu yang tidak diingini".
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Badrulamin Bahron

"Kita perlu ingat Yahudi adalah musuh kita dulu kini dan selamanya. Kita kesal kenapa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diketui oleh Malaysia masih gagal melakukan sesuatu terhadap kekejam Israel, Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi senyap tanpa ada tindakan. Kita tidak mahu kerana kesilapan seseorang yang diberi amanah gagal melakukannya, seluruh rakyat menderita. Melihat kepada kebangkitan sekarang saya rasa satu kebangkitan baru dalam kita memelihara Islam agar tiada lagi rejim zionis yang berani menzalimi umat Islam".

Timbalan Presiden PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa

"Kekejaman yang dilakukan oleh Israel jelas seperti yang dikatakan dalam sejarah Islam, Allah SWT merestui kita yang bangkit bersama-sama berjuang menentang kezalim. Kita tidak perlu tunduk kepada kuasa dunia kerana kuasa Allah SWT mengatasi segalanya, walaupun kita tidak dapat bersama-sama berjuang di Gaza mahupun di Palestin, kita masih lagi boleh berjuang untuk mereka melalu doa kita kepada Allah SWT agar rejim yang ganas itu lupus daripada muka bumi ini".

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekincan, Ng Sue Lim

"Kita mengutuk kezaliman Israel, kebelakangan ini kita nampak kezaliman Israel semakin hari semakin membara. Mereka bukan sahaja membunuh malah menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan. Walaupun saya bukan Islam, tapi bagi pihak DAP ingin secara jelas mengutuk serangan terhadap bantuan kemanusiaan dan juga terhadap rakyat Palestin mahupun Gaza. Kita bencikan kekerasan dan kezaliman".

Wakil Rakyat Palestin, Ahmad Hussain Mohammad

"Saya begitu kagum dan bangga dengan sokongan rakyat Malaysia berikan kepada kami di Palestin, saya keliru bila berada di sini siapa sebenarnya rakyat Palestin anda semua ataupun saya. Sayu rasa hati saya walaupun kita tidak pernah berjumpa dan terpisah jauh tetapi hati rakyat Malaysia dengan Palestin beritu dekat sekali. Saya ingin ingatkan sesiapa yang mempunyai hubungan dengan Israel tidak akan selamat dunia mahupun akhirat, kita lihat Turki yang mempunyai hubungan diplomati, Israel tetap juga membunuh rakyatnya yang berada diatas kapal. Mereka tidak pernah fikirkan soal perhubungan yang telah dijalin, saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai hubungan segera putuskan hubungan tersebut kerana Allah SWT tidak akan memberi kerahmatan kepada kita. Israel sebenarnya bodoh sebab itulah mereka tidak mahu mendengar bantahan seluruh masyarakat dunia, kebodohan mereka semakin terserlah bila menyerang bantuan kemanusiaan. Seluruh rakyat Palestin berterima kasih dengan sokongan ini, walaupun rakyat Malaysia tidak dapat berjuang bersama-sama di Palestin cukuplah setiap langkah rakyat Palestin diiringi doa".

Pengerak Muslim Care, Ridzuan Mohd Nor

"Ingat Yahudi bahawa tentera Nabi Muhammad SAW akan bangkit menentang kezaliman kamu, jangan ingat kamu boleh terus melakukan kezaliman keatas seluruh rakyat Palestin dan Gaza. Mereka akan bangkit mulai sekarang, mereka akan menghampiri kamu tanpa kamu sedar. Seluruh dunia sekarang benci dengan sikap kejam kamu, kami akan pastikan kezaliman yang dilakukan akan mendapat hukuman yang setimpal".

Setiausaha Agung Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Md Nor

"Seluruh dunia bangkit menentang kezaliman Israel yang tidak berhati perut, bagi penentang kezaliman kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan dan membiarkan kezaliman. Kita sekarang perlu sedar bahawa saudara kita di Gaza dan Palestin memerlukan bantuan kita walaupun hanya doa. Ingat Israel yang datang kepada kamu bukan lima pahlawan tetapi lima puluh negara Islam di dunia ini yang berada di atas kapal, mereka merupakan yang tidak sanggup melihat penderitaan rakyat Gaza yang telah kamu zalimi".

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid

"Berdiri kita disini bukannya buat pertama kali tapi sudah berpuluh kali kita lakukan bagi menunjukkan rasa marah kita, tetapi Israel masih lagi terus berdiri menunjukkan kekuatan mereka. Kita semua mesti gegarkan dunia agar Israel tahu rakyat dunia sudah bosan dan bangkit menentang kezaliman yang mereka lakukan".

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni

"Kita perlu mengambil tindakan segera terhadap rejim Zionis, masih ada ruang untuk kita menunjukkan bantahan kepada kekejaman Israel. Allah SWT mencatat perjuangan yang kita lakukan dalam menentang kezaliman. Sekali kita melangkah kehadapan jangan lagi toleh kebelakang perjuangan tetap perjuangan bukannya mainan".

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan