6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak


Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.

Sewa bas

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.

Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.

Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.

"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.

Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

DEMO NAIK MINYAK




Tarikh : 21 Jun 2008 (Sabtu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Air Terjun Bukit Sebukor,Bkt Baru.

Anjuran: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK)


Seluruh rakyat Melaka dijemput untuk sama-sama menyertai Demo ini bagi membuktikan bahawa rakyat membantah kezaliman dan ketidakprihatinan kerajaan dalam isu ini.


AYUH MARI KITA TUNJUKKAN KUASA RAKYAT.

Tubuhkan IPCMC - Izzah Anwar

Suara KeADIKan.com Rabu 18 Jun 2008

KUALA LUMPUR, 18 Jun (SK)- Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa agar kerajaan pusat mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi membuka ruang untuk kerjasama yang lebih antara pihak polis dan wakil-wakil dari masyarakat madani (civil society) dalam menyedari kelemahan yang ada dan mengenal pasti perubahan yang perlu dibuat untuk memperbaiki pasukan Polis Negara.

“Nisbah anggota polis kepada penduduk Malaysia sangat hampir kepada taraf yang disyorkan oleh INTERPOL. Ini bermakna, perlu adanya penilaian semula keberkesanan langkah-langkah yang digunakan pihak polis sekarang. Ini menunjukkan keperluan IPCMC,” katanya dalam kenyataan yang diterima Suara Keadilan Semalam.

Beliau melahirkan rasa bimbang dengan kenaikan jumlah kes-kes jenayah di Lembah Pantai terutama di Bangsar merasakan langkah-langkah yang sedia ada untuk mencegah atau menyelesaikan kes jenayah belum cukup berhasil.

“Insiden-insiden seperti rompakan berkumpulan, ragut dan pecah masuk yang kerap berlaku pada waktu siang hari menunjukkan bahawa kita sekarang bukan sahaja terpaksa menghadapi harga barang yang meningkat tetapi juga jenayah berleluasa dalam kehidupan harian,” katanya lagi.

Semalam beliau bersama seorang mangsa ragut, Preity Ganthani, dimana beliau diragut dan cedera di lengan apabila begnya diragut dan terpaksa dirawat di hospital selama empat hari.

“Justeru, dalam mengakui kelemahan-kelemahan dalam sistem keselamatan negara, adalah sangat mustahak bagi Kerajaan pusat mewujudkan IPCMC,” katanya.

Menurut Izzah, secara khusus, dalam membincangkan senario di Lembah Pantai, beliau bercadang untuk mengadakan rundingan khusus bersama badan-badan bukankerajaan, penduduk-penduduk dan tokoh-tokoh penting setempat dalam merangka program-program “action-oriented’ di lokasi-lokasi strategik.

“Kita akan mulakan dialog bersama Persatuan-persatuan penduduk, Pihak Polis, Malaysian Crime Prevention Foundation dan juga Rukun Tetangga.Saya menyeru semua penduduk setempat untuk bersama kita mengambil bahagian dalam usaha ini,” katanya lagi.

YB -vs- Blogger

Source : www.y4c.org.my

Sekitar Perhimpunan Aman @ Jasin

Seramai hampir 300 rakyat berkumpul di hadapan SHELL Bandar Jasin semalam (14 Jun 2008) bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diumum kerajaan Barisan Nasional baru-baru ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bahagian Jasin dengan kerjasama AMK Negeri Melaka ini, turut disertai oleh Sdr. Steven Ho Kian Kim (bekas calon DAP DUN Bemban) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. Perhimpunan yang bermula jam 3.30 petang ini bersurai secara aman kira-kira pada jam 5.00 petang dengan arahan polis dari IPD Jasin, Melaka. Turut hadir bersama ialah Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia/Ketua PKR Bahagian Jasin).










***Pesanan dari Ketua AMK Bahagian (Zam): "Terima kasih kepada semua kerana turun memberi sokongan"




~ oleh: Setiausaha AMK Bahagian Jasin ~

Kenaikan harga minyak,: rakyat berhimpun tunjuk kemarahan

SuaraKeadilan.com
KUALA LUMPUR, 13 Jun (SK) - Sekurang-kurangnya 2000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.
Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.

Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.
Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.
Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.

Beberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas.

Perhimpunan Aman @ Jasin