Memimpin Harapan Rakyat




Tanggal 28 November 2008 akan menyaksikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dianjurkan buat tahun yang kesembilan selepas ledakan era reformasi tahun 1998.

Kongres kali ini mengangkat tema "Memimpin Harapan Rakyat", sebagai kesinambungan tema Kongres Tahunan AMK 2007 yang mengangkat tema "Daripada Harapan Kepada Kemenangan". Ianya bersesuaian dengan sentimen rakyat Malaysia khususnya pasca Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lepas.

Ini sejajar dengan tema Kongres Tahunan KeADILan iaitu "Harapan Baru", yang memperlihatkan usaha untuk menterjemahkan kuasa rakyat ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih adil dan demokratik.

Pastinya Kongres Nasional Tahunan AMK kali ini menarik perhatian seluruh warga parti dan rakyat amnya, dalam keadaan rakyat Malaysia khususnya generasi muda telah memperlihatkan keberanian untuk berubah dengan menyatakan sokongan terbuka kepada keADILan dan Pakatan Rakyat.

AMK melihat Kongres Nasional Tahunan kali ini sebagai fasa pemerkasaan parti, dalam keadaan prestasi keADILan dan Pakatan Rakyat melalui 81 ahli Parlimen dan kepimpinan lima buah negeri sedang dinilai oleh rakyat.

Ruang perbahasan Kongres Nasional Tahunan akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengupas beberapa isu seperti pemantapan organisasi serta pengukuhan institusi politik yang lebih bersifat mesra rakyat. Beberapa isu penting seperti isu ekonomi, pemerkasaan belia dan pendidikan juga dilihat bakal menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati untuk dibahaskan secara terbuka, kritis dan membina.

Melalui jumlah perwakilan dan pemerhati mencecah 1500 dari seluruh Malaysia, Kongres Tahunan kali ini adalah diharapkan akan mencorakkan gerak kerja AMK khususnya di dalam menjadi barisan hadapan KeADILan untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah pembentukan Malaysia yang lebih baik.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 ulasan:

  1. Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang ramai di Bukit Bintang dengan menggunakan kucing kucing terbiar untuk mengisi temboloknya sendiri ..

    Lihat pendedahannya di http://jamilkucingpondan.blogspot.com. Dulu kononnya reformis, sekarang sudah menjadi pengemis yang menipu dan pengiat sex songsang !!!!

    BalasPadam

Amazon Deals