Majlis Perasmian Cawangan (Penaja) Kg. Seri Minyak Umbai (DUN Serkam)

KeADILan Bahagian Jasin mengorak satu lagi langkah dalam mengukuhkan perjuangan dengan membuka satu Cawangan KeADILan di DUN Serkam (cawangan Kg Seri Minyak) pada 30 disember lalu bertempat di perkarangan kediaman Ketua Penaja Cawangan itu, Encik Rashid Khan Abd Rahman (lebih dikenali sebagai Rashid Maidin) di Umbai, Melaka. Dalam majlis ringkas tersebut, Encik Rashid yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Umbai, telah menyerahkan 50 borang ahli baru KeADILan kepada Ketua Bahagian, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan disaksikan oleh YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik, Selangor) dan YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Selangor).


Menurut Setiausaha KeADILan Jasin, Pn. Mahani Masban, ini merupakan penubuhan cawangan yang kedua di DUN Serkam selepas Cawangan Serkam Darat pada September lalu. ini diharap dapat menguatkan jentera Pakatan Rakyat terutama bersama PAS untuk menghadapi PRU akan datang. Menurutnya lagi, lebih banyak cawangan bakal ditubuhkan selepas ini termasuk dua cawangan di Bemban yang akan dirasmikan dalam jangkamasa terdekat ini.

Turut hadir dalam masjlis tersebut ialah seluruh Jawatankuasa KeADILan Bahagian Jasin, AMK Negeri Melaka serta Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan