Keluarga Beng Hock Dakwa Pegawai SPRM Hina Mahkamah

Keluarga mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock akan menfailkan permohonan mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagai menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Dr Pornthip Rojanasunand.

Peguam mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu akan dibuat terhadap Pegawai SPRM, Raub Ghani di Mahkamah Majistret Shah Alam.

1 Januari lalu, Raub dan seorang lagi pegawai SPRM, Hisham Mohd Yusoff membuat dua laporan polis terhadap Pornthip dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan.

Laporan kedua-dua pegwawai SPR dari cawangan siasatan Putrajaya itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan sebagai saksi berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk ADUN di Selangor, di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.



Sumber : TV Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan