Kerajaan Selangor Temui Penduduk Bukit Botak 1 Feb

Kerajaan Selangor akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk Bukit Botak pada 1 Februari ini untuk membincangkan pembangunan perumahan yang sedang dirancang untuk penduduknya.

Perjumpaan tersebut dijangka diadakan di Dewan Kompleks Sukan Seri Siantan di mana wakil kerajaan negeri akan membentangkan satu pelan pembangunan yang menyeluruh bertujuan untuk menyediakan rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.

"Kami percaya satu perbincangan yang matang dapat diadakan dalam perjumpaan ini," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

"kerajaan negeri sangat berhasrat untuk mendapat maklumbalas tentang pelan yang akan dibentangkan serta membuat penambahbaikan jika perlu. 

"Seperti penduduk Bukit Botak, kerajaan Pakatan Rakyat juga mahu menyelesaikan masalah yang telah berlaku selama 20 tahun ini," tambahnya.

Bagaimanpun, kata Abdul Khalid, kerajaan negeri tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan yang lepas.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan negeri akan memastikan segala perancangan pembangunan dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab supaya rakyat tidak akan tertipu lagi.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri, Iskandar Samad dilaporkan berkata 
keputusan kerajaan Selangor untuk mengambil alih tanah kawasan Bukit Botak adalah atas dasar tanggungjawab ke atas peneroka di situ yang telah ditindas hak perumahan mereka selama 20 tahun oleh kerajaan terdahulu.


Katanya, langkah tersebut adalah terbaik kerana ianya akan memberi kuasa sepenuh kepada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah projek terbengkalai ini dan seterusnya membangunkan semula kawasan itu secara keseluruhan.

Iskandar adalah pengerusi jawatankuasa perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor.

Kerajaan negeri sebelum ini dilaporkan sedang mengambil 
langkahuntuk melupskan perbelanjaan RM45 juta yang telah digunakah oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam pembinaan infrastruktur yang sedia ada.

Pengambilan semula tanah Bukit Botak akan membolehkan satu rancangan pembangunan holistik yang juga akan menguntungkan 247 penduduk yang sekarang tidak boleh memiliki rumah kerana mereka tidak mempunyai hak milik tanah akibat ketidaksesuaian tanah untuk yang terletak di lembah dan lereng bukit serta berada di bawah pencawang elektrik.

Langkah ini juga akan memberi kuasa kerajaan negeri untuk membangunkan Bukit Botak. Sekarang ini kuasa pembangunan adalah di bawah kawalan Syarikat Delpuri Corporation Sdn Bhd yang telah diberikan surat kuasa wakil oleh peneroka seperti yang diarah oleh pentadbiran kerajaan negeri yang terdahulu.



Sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals