Tiga Pakar Forensik, DNA Bantu Pembelaan Anwar

Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik seorang pakar DNA dan dua pakar forensik untuk membantu mencabar kesahihan bukti-bukti yang akan dibawa masuk oleh pendakwaraya.

Tiga pakar berkenaan ialah  pakar DNA, Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, pakar forensik, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan  Dr. David Wells dari Melbourne Australia.

Peguam, Sankara Nair berkata, ketiga-tiga pakar itu akan hadir mengikuti perbicaraan  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai esok.

“Mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka akan datang dan membantu kami bila bukti dikemukakan terhadap DNA dan forensik, yang kita yakin ia akan dikemukakan.

"Mereka kan menasihati kami mengenai pembelaan dan juga kemudian bila pembelaan dipanggil kami akan mengemukakan bukti dari pihak kami, untuk membuktikan kes kami bahawa tiada perkara seperti itu (liwat),”katanya.
Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia dan pengarah DNA Consults.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Dr Wells pula adalah  ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria.

Sumber : TvSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals