Anak Bongsu Datuk Manja Ismail Maut Kemalangan


KUALA LUMPUR 22 Mac - Anak bongsu Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail, maut dalam kemalangan jalan raya di kawasan perumahan USJ3, Subang Jaya awal hari ini.

Muhammad Ikhwanul Ashraf Manja, 18, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia cedera parah dan mati di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Keselamatan Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, kereta yang dipandu Muhammad Ikhwanul Ashraf, anak bongsu dari tiga beradik itu, dilapor terbabas dan melanggar tembok jalan.

"Ketika kejadian, Muhammad Ikhwanul Ashraf memandu sendirian dan dalam perjalanan dari Persimpangan Kewajipan Subang Jaya menuju ke Jalan SS19.

"Dia dikatakan hilang kawalan lalu melanggar tembok jalan dan terpelanting keluar daripada kereta ke dalam longkang di tepi jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu ibu Muhammad Ikhwanul Ashraf, Datin Norzita Abdul Samad berkata, jenazah anaknya akan dikebumi di Tanah

Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disembahyangkan di Masjid USJ9, Taipan selepas solat Zohor hari ini.

-Bernama

Sumber: Suara-Keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals