Zahrain Gelapkan Masa Depan Politik MP Umno


Oleh Datuk Halik Zaman

Umno-Barisan Nasional sekali lagi cuba membinasakan KEADILAN dengan cubaan memusnahkan karier politik dan maruah Anwar Ibrahim dengan kes fitnah ke-2.

Tidak hanya Anwar, malah isteri beliau yang juga Presiden KEADILAN juga turut di heret bersama kekancah penghinaan.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan untuk mematahkan semangat perjuangan orang-orang Melayu dalam KEADILAN.

Umno-BN berharap orang-orang Melayu yang sensitif dengan isu liwat akan segera menarik diri dari KEADILAN dan kembali ke pangkuan Umno-BN.

Nyata sekali kesemua percubaan Umno-BN itu gagal. Bukan sahaja orang Melayu tidak terpengaruh, malahan orang Melayu bertambah marah kepada pemimpin UMNO dan bersimpati pula kepada Anwar.
Terkini dan mutakhir, Umno-BN mempergunakan Zahrain Hashim untuk menjatuhkan KEADILAN. Zahrain yang bagaikan lembu di cucuk hidung dengan lantangnya menyatakan dalam persidangan Parlimen mengenai hasrat Anwar untuk berjumpa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung dan Panglima Tentera Malaysia untuk memaklumkan akan pembentukan sebuah kerajaan baru.

Memang secara logik dan 'precedent' politik semasa, seseorang Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar dibolehkan untuk dilucutkan jawatannya di istana sahaja.

Bukan lagi mengikut perundangan di mana perlucutan hanya boleh di buat di Dewan Undangan Negeri atau oleh rakyat.

Kes rampasan kuasa di Perak telah menjadi suatu 'precedent' kepada susur-galur politik di Malaysia sekarang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat Umno-BN dengan megah mendabik dada dan tertawa ria bila Anwar Ibrahim di aibkan dengan tuduhan-tuduhan “hearsay evidence” daripada Zahrain.

Akan tetapi mereka terlupa, dalam masa yang sama, apa sahaja yang di perkatakan oleh Zahrain akan menjadi 'backfire' kepada Umno-BN.

Lapan orang YB yang di sebut namanya oleh Zahrain telah di cacatkan imejnya pada pandangan mata Najib Razak dalam Dewan Rakyat.

Dengan terdedahnya nama 8 orang YB Dewan Rakyat yang nak lompat ke KEADILAN itu sudah pasti mereka ini tidak ada lagi peluang jadi calon di bawah tiket BN pada PRU-13 yang akan datang.

Antara Zahrain sedar atau tidak sikap yang ingin 'membantu' Umno-BN dalam memaklumkan aktiviti KEADILAN telah menghancurkan karier politik mereka dalam Umno.

Najib sudah pasti tidak lagi menaruh kepercayaan kepada kelapan-lapan YB yang di sebut namanya oleh Zahrain itu. Syabas Zahrain engkau telah berbuat kerja baik untuk KEADILAN!

Kepada Zahrain, tahniah di ucapkan kerana niat beliau sebenarnya untuk memalukan Anwar tetapi akhirnya memakan Umno-BN sendiri serta membunuh karier politik 8 orang Ahli Parlimen yang di sebut namanya oleh Zahrain.

Walaupun dinafikan oleh 8 orang YB Umno tersebut tapi parut lukanya mesti nampak ketara bahawa 8 orang YB tersebut sudah mencacat cederakan ketaatan mereka kepada Umno dan Najib. Boleh kah Najib percaya mereka?

Sumber: Suara-Keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan