Umno-BN Berusaha Keras Tutup Isu APCO


KUALA LUMPUR 22 Mac - Sidang Dewan rakyat pagi tadi menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah usul wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Ketua Pembangkang menjelaskan kenyataan beliau minggu lalu mengaitkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide, sebuah firma perunding yang ada pertalian dengan negara Zionis Israel.

Beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Yusmadi Yusoff, R. Sivarasa, Saifuddin Nasution Ismail dan N. Gobalakrishnan bangun membantah Abdul Rahman.

Yusmadi dalam hujahnya memberitahu Dewan bahawa isu APCO sudah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah dan jawapan lisan Perdana Menteri tersebut sudah jelas membuktikan APCO secara tidak khusus sememangnya terlibat dengan komunikasi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bahawa kerajaan memberi Anwar tempoh seminggu untuk membuktikan dakwaannya tersebut.Nazri berkata Anwar akan diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen sekiranya gagal memberikan jawapannya.

Pada Rabu lalu Anwar mendedahkan dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong bahawa APCO Worldwide dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah juga syarikat yang sama melakarkan slogan 'One Israel'.

Menurut beliau APCO pada 1999 menasihatkan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Jumaat lalu Nazri berkata jemaah menteri akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada Anwar perlu diheret ke jawatankuasa khas berkenaan.

Sumber: Suara-Keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals