Pakatan Rakyat, BN Umum Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (TERKINI)


TVSELANGOR - SIBU 27 APR: Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada satu majlis makan malam.
Beliau sebelum ini pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew  yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas.

Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.

Beliau bakal bertembung Robert Lau Hui Yew, 45, calon BN yang juga  Bendahari cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Hui Yew dan Hoi Chew adalah saudara dua pupu.

Pengumuman Hui Yew sebagai calon BN dibuat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei ialah hari mengundi. 

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals