Usah Bersekongkol Dengan Negara Barat Hingga Pinggir Negara Islam


TVSELANGOR - KLANG 27 APR: Kerajaan Selangor berharap Malaysia tidak bersekongkol dengan negara Barat hingga meminggirkan negara Islam lain semata-mata pemimpin mahu emmpertahan kuasa politik melalui sokong kuasa dari luar.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian hari ini ketika merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat Selangor bagi tahun hijrah 1431.

Dalam ucapannya, beliau berkata kerajaan negeri mengambil berat terhadap pembinaan warga negeri yang cergas jasmani dan rohani, sekali gus menghindar perbuatan keji dalam masyarakat.
"Misalnya, salah guna kuasa, rasuah, berjudi, membeli nombor ekor, berzina, buang bayi dan banyak lagi perbuatan terkutuk" kata Khalid.

Selain itu, Khalid juga berharap tiada mana-mana umat Islam yang cuba menidakkan kebenaran ayat-ayat al-Quran kerana ia membawa kerugian.

"Setiap umat Islam mesti yakin dengan peringatan Allah yang terkandung dalam al-Quran supaya kekuatan lahiriah dan batiniah dapat memandu kita menjadi warga cemerlang dalam semua bidang," katanya.

Majlis berkenaan berlangsung di Masjid As-Syarif, Meru Klang bersempena Tilawah al-quran selama empat hari sehingga 30 April ini.

Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan