Shamsul: Umno BN Kalut Dan Terdesak Amalkan Budaya Fitnah


Tanda-tanda awal kekalahan Umno Barisan Nasional menyebabkan mereka dalam kekalutan hingga mengamalkan politik menghalalkan cara termasuk menabur fitnah bagi memenangi hati pengundi Hulu Selangor.

Ketua Angkatan Keadilan Malaysia Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan tohmahan Umno BN dilontar berikutan mereka ketandusan idea bagi mematahkan pendedahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Selain cubaan provokasi, katanya, Umno BN membawa tohmahan demi tohmahan tanpa bukti sedangkan setiap pendedahan pimpinan Pakatan Rakyat dibuat beserta bukti berdokumen dan bersandar fakta sokongan.

“Masa berkempen 24 jam terakhir pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan dakwaan Umno BN yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) sebarkan fitnah. Pada saya itu kenyataan seorang pemimpin Umno yang terdesak yang kalut serta takut dengan kekalahan dalam pilihan raya kecil ini dan itu tanda-tanda awal,” katanya.

Semalam jangkaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa di fasa akhir kempen ini, putaran fitnah dan mesin serta kilang fitnah mula beroperasi 24 jam di pihak pembangkang sudah menjelmakan kebenaran.
Bagaimanapun Shamsul berkata dakwaan Muhyuddin ini diselar dan dilihat seolah-olah Umno BN terpaksa mengambil tindakan defensif yang memaksa parti itu menghalalkan cara bagi melawan segala bentuk hujah kukuh yang diterangkan dalam kempen di Hulu Selangor.

“Yang kita nyatakan di setiap ceramah itu fakta, fakta berkaitan dengan Apco, ada hujah, ada bukti ada dokumen dan perjanjian. Fakta tentang 1 Malaysia 1 Israel ada kebersamaan yang tidak munasabah fakta mengenai kes Saiful, secara zahir kita ada mendedahkan laporan perubatan.”

Shamsul menyelar kempen Umno BN yang berunsur provokasi berikutan banyak poster dan banting BN yang turut menyalahi akta pilihan raya.

Beliau berkata kempen pakatan rakyat lebih matang dalam mengemudi pilihan raya kecil dan sentiasa mengelak sebarang situasi ketegangan.

“Paling tidak pun ada rekod, kita tidak ada banting-banting, kain lentang atau mesej-mesej yang menghina atau memfitnah pemimpin-pemimpin Umno. Kita tidak naikkan Mongolia Najib dan sebagainya. Ini adalah kempen sihat yang kita lakukan dan kita perkenalkan sebenarnya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor," katanya.

Sumber: TvSelangor

Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan