Tindakan Keluar Parti Budaya 'Pelacuran Politik'


KUALA KUBU BAHARU 23 Apr - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan keputusan beberapa anggota yang keluar parti merupakan tindakan "pelacuran politik" sehingga sanggup menggadaikan maruah dan harga diri semata-mata imbuhan sementara.

"Ada diantara mereka yang keluar parti dengan sebab lain antaranya, AMK tidak diberikan peluang dan tidak meletakkan saya sebagai calon. Ini merupakan alasan yang melucukan.

"Bahkan saya sendiri tidak keluar parti dan menyokong penuh calon Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim", kata beliau selepas kepada Suara Keadilan mengadakan wawancara dengan TV Selangor semalam.

Shamsul beranggapan mereka hanya menantikan masa yang sesuai untuk keluar parti dan menjadikan soal calon sebagai helah.

Umno-BN akan menggunakan apa sahaja cara termasuk 'membeli" pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP setiap kali berlangsungnya pilihan raya kecil.
"Ini merupakan nuansa politik yang tidak sihat kepada iklim politik negara kita. Umno-BN seolah-olah ingin mengajar rakyat Malaysia dengan budaya politik yang bersifatkan manipulasi, adu-domba dan provokasi," kata Shamsul lagi.

Tambah beliau, pemahaman dan pemikiran rakyat berkenaan pendidikan politik akan menjadi rosak dalam jangka masa yang panjang sekiranya trend seperti keadaan seperti ini berterusan.

"Saya hanya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang telah keluar parti".

"Parti Keadilan Rakyat telah menutup pintu untuk menerima semula mereka sebagai ahli", tegasnya".

Ketika mengulas mengenai proses undi pos yang dijalankan pagi ini, beliau memaklumkan bahawa perjalanan pengundian dilangsungkan dalam keadaan yang baik.

"Ejen pengundian dan pegawai kami dibenarkan untuk ditempatkan di pusat pengundian," ujarnya. Parlimen Hulu Selangor mempunyai 799 undi pos. Ia terdiri dari 629 undi dari anggota polis dan selebihnya merupakan anggota tentera.

"Namun kami tetap mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menghapuskan sistem undi pos dan mengadakan pengundian terus seperti rakyat Malaysia yang lain".

"Kita perlu mewujudkan sistem pilihan raya yang lebih baik agar rakyat akan terus yakin dengan proses demokrasi yang dijalankan di negara ini," tegas beliau.


Pejabaat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan