Rakan Mangsa – Tiada Rempuhan?


KHAIRUL ADLI ABDULLAH - Kejadian yang menimpa seorang remaja 15 tahun, Allahyarham Aminulrasyid, menggemparkan kita dan mengcalarkan imej Polis DiRaja Malaysia(PDRM). Saya berasa amat dukacita dengan tragedi yang menimpa keluarga mangsa.
Mungkin Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hanya mampu membuat kenyataan yang bersifat defensive seperti berikut, "Jangan pertikaikan pihak polis!"

Oleh itu peristiwa yang berlaku terhadap Allahyarham, tidak boleh dipandang ringan. Kerana insiden seperti ini bukanlah kejadian pertama. Kes yang melibatkan A.Kugan (mati dalam lokap), A Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), Norizan Salleh (tersalah tembak), menggambarkan berlaku kepincangan kepimpinan yang serius di dalam PDRM.

Sebentar tadi saya telah melihat video sidang media oleh saksi kejadian, dan saya meneliti kenyataan media tersebut yang ditafsirkan oleh peguam keluarga mangsa, N.Surendran, membuktikan bahawa dakwaan pihak polis tidak benar:

1. Tiada rempuhan kenderaan mangsa terhadap kenderaan polis.
2. Tiada pengunduran kenderaan dari sekatan jalanraya.
3. Tiada senjata, parang dan sebagainya.

Jadi banyak kesangsian yang timbul, menyebabkan rakyat ragu-ragu dengan kejadian yang berlaku itu. Justeru itu, keluarga mangsa tidak mahukan inkues. Tetapi mereka mahukan Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi memastikan ketelusan siasatan, dan anggota polis yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

Khairul Adli Abdullah

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan