Ketua AMK : Tindakan Polis Perancis Bukti Adanya Penyelewengan Dalam Pembelian Kapal Scorpene


TVS - Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.

" Tindakan tegas polis Perancis yang membuat keputusan untuk menyerbu pejabat DCN dan saya yakin mereka mempunyai tujuan untuk mencari bukti bahawa dalam pembelian kapal selam Scorpene itu terdapat penyelewengan dalam bentuk rasuah dan tentunya ini ada kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Razak" ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suara Anak Malaysia atau Suaram.
Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor berkata, dengan adanya tindakan lanjut dari pihak polis Perancis ini menguatkan lagi dakwaan bahawa pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan itu mengandungi unsur rasuah dan komisyen yang tinggi.

" Polis Perancis tidak akan berhenti setakat itu sahaja,mereka akan pergi lebih jauh lagi dan tentunya akan membuat pendakwaan apabila mendapat bukti yang mencukupi" katanya lagi.

" Dia perlu memberikan kenyataan yang tegas dalam hal ini. Ketika pembelian kapal selam ini dia adalah menteri Pertahanan dan selama ini Datuk Najib hanya mengambil keputusan untuk tidak memberikan respon dan malah tidak menjawab pun tuduhan kita" tambah beliau lagi.

Suaram sebelum ini mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Najib.

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Pejabat AMK Jasin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan