TVS - Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.
Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.
Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.
B'nai B'rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.
Pertubuhan ini melahirkan kebimbangan diatas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma perunding Apco Worldwide 30 Mac lalu di Parlimen.Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.
Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.
B'nai B'rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.
B'nai B'rith juga memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W. Glick.
"Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel," menurut surat itu lagi.
Anwar Ibrahim sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib Abdul Razak dan Apco Worldwide.
Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah "keberanian Najib" menuruti kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.
"Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel," kata Rachel Motte.
"Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM," menurut rencana itu lagi.
Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.
Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel ke Bukit Aman di Dewan Rakyat 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Dato' Mahsuri Zainal.
Pejabat AMK Jasin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan