Rindu Kekasih 'Allah'

Ya Rasulullah Amirul Ummah
Ya Al-Amin Insan Amanah
Terharu rasa hati berbicara
Rindu padaMu ya Rasulullah tiada terkira

Hanya warisan pusakaMu
Al-Quran dan al-hadith
Bisah mengubat rindu yang melarat

Engkaulah pemimpin agung sepanjang zaman
Buat tauladan para pemimpin Islam masa kini
Demi membina masyarakat Islam sejagat
Yang terbina dari asas iman dan taqwa

Agama Islam menjadi cara hidup sempurna
Budaya ‘ilmu menjadi amalan sepanjang hayat

Walau dicerca jua dihina
Kami pasti tidak akan gentar
Terus menyambung perjuangan suciMu
Ya Rasullullah, sesungguhnya kami merinduiMu

Semoga syafa’at menimpa kami
Demi syurga Jannah yang kekal abadi

Al-Khair
26/02/2010

Hakcipta terpelihara

http://www.khairuladli.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Amazon Deals