Memaparkan catatan dengan label 1MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MALAYSIA. Papar semua catatan

Anwar: MP BN Tak Layak Anggotai Kabinet Najib

MALAYSIAKINI - Penyenaraian lebih banyak senator dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, memberi tanggapan bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang semalam.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mencabar Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator baru dilantik bertanding dan menjadi ahli parlimen bagi menggantikan ahli parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," katanya.

Husam: Malaysia Berdengkur Dalam Dakapan Apco

MALAYSIAKINI - Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.
Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Bagaimanapun, menurut Husan apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu.

“Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

Umno-Apco: Anwar Hadapi JK Khas, 8 Jun

MALAYSIAKINI - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar akan dipanggil menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 8 Jun.
Beliau terpaksa mempertahankan dirinya kerana pada sidang Dewan Rakyat yang lalu mendakwa gagasan 1Malaysia yang diterajui oleh firma Apco Worldwide berkaitan dengan kempen 'One Israel'.

Azmin Cabar Najib Hadir Debat

ERA PAKATAN - KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat. “Malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat (PR) di Sungai Buaya malam semalam. Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia. Semalam, dilaporkan beberapa kain rentang dipasang mendakwa Najib akan menyertai debat perdana dengan Anwar di Kuala Kubu Baru pada jam 9 malam ini. Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ. Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk 'berkomunikasi' dengan Najib. “Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja.

Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin 

Antara Facebook, APCO, BN dan PR?

Klik gambar untuk ke blog RAKYAT MARHEAN!

Semenjak 2 tahun kebelakangan ini kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, terpalit dengan pelbagai skandal yang merosakkan imej negara. Antaranya isu kematian Altantuya, isu kapal selam scorpene, isu enjin jet hilang. Dan yang terbaru pula isu yang melibatkan keselamatan negara, iaitu kontrak kepada APCO Worldwide di mana lembaga pengarahnya adalah berbangsa Yahudi. Dan kerajaan telah membayar sebanyak RM80 juta.

Apco Nasihati Perang Siber Terhadap Pakatan Rakyat?


KUALA LUMPUR 15 Apr - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan jumlah bayaran RM77 juta yang dibayar kepada syarikat perunding antarabangsa Apco Worldwide sambil menyifatkan langkah tersebut mendedahkan kerajaan Malaysia, rakyat dan negara kepada penyusupan anasir Zionis Israel.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan asas yang digunapakai kerajaan untuk membuat jumlah bayaran yang sebegitu besar kepada syarikat yang dikatakan menyediakan dua jenis perkhidmatan kepada kerajaan.

"Saya dapat penjelasan dari menteri bahawa Apco telah dibayar dalam dua jenis perkhidmatan, satu 'public affairs and government services' dan kedua perkhidmatan komunikasi strategik dan 'public relations and press outreach'. Kedua-dua perkhidmatan ini kalau campur berjumlah RM77 juta," kata beliau pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010.

Menurut Tian, menteri berkaitan juga sebelum ini menafikan bahawa Apco bukan dibayar untuk membentuk imej 1Malaysia tetapi menyatakan kepakaran syarikat itu digunakan untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat dan Malaysia.

"Saya tidak faham apa yang telah rosak sehingga kita kita perlu belanja sampai RM77 juta untuk perbaiki hubungan kita dengan Amerika," soalnya.

APCO Dibayar Hampir RM80 Juta, Bukan RM28 Juta


KUALA LUMPUR 13 APR: Angka sebenar yang dibayar kerajaan Umno Barisan Nasional untuk perkhidmatan Apco Worldwide bukan RM28 juta seperti sangkaan ramai selama ini, sebaliknya jumlah hampir RM80 juta, dedah Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Pada sidang media di lobi Parlimen, beliau menyatakan angka yang disebut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai jumlah bayaran kepada firma yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu, diputar belit.

Beliau mengulas demikian dengan merujuk laporan MalaysianInsider yang mewawancara Nazri berhubung jumlah bayaran kepada APCO dengan menyatakan angka ini: RM28 juta.

Namun, jawapan bertulis dari Jabatan Perdana Menteri kepada Tian Chua pula amat berbeza.

Dalam jawapan bertulis itu, jumlah bayaran kerajaan Umno BN kepada APCO ialah USD 24juta bersamaan RM80 juta dalam nilai ringgit malaysia, sekali gus berbeza dengan angka yang diberi Nazri iaitu RM28 juta.

BERITA PENUH: Anwar Kemuka Bukti Tambahan, Tulis Surat Kepada Agong


KUALA LUMPUR 8 APR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ni mengemukakan bukti tambahan terhadap pembabitan Apco Worldwide dan sekutunya dengan  polis dan kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga menggugat keselamatan negara.

Sehubungan itu, Anwar mengesahkan beliau memohon perkenan Yang di Pertuan Agong untuk menasihati Perdana Menteri Najib Razak membatalkan kontrak dengan Apco dan Asiasoft yang dikaitkan dengan pegawai-pegawai Yahudi dan perisikan Israel.

“Saya menulis surat atas nama Ketua Pembangkang, menyusuri langkah yang diambil oleh Ahli-ahli Parlimen PAS beberapa hari lalu untuk memohon perkenan Tuanku menasihati Datuk Seri Najib membatalkan kontrak dengan Apco dan Asiasoft.

"Ia sebenarnya mencemar maruah dan menggugat keselamatan Malaysia,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Anwar berkata, pembabitan Apco secara langsung dalam menasihati Najib dan kerajaan pimpinan beliau serta hubungan Asiasoft dengan polis Diraja Malaysia (PDRM) di sahkan sendiri oleh sumber-sumber rasmi kerajaan. 

Khairy Bermatian Pertahan Apco Kerana Kawan Baik Omar Mustapha Ong?


KUALA LUMPUR 30 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang cuba menggaitkan beliau dengan pegawai tinggi Apco Worldwide sebagai satu usaha mengalihkan persoalan sebenar yang membabitkan keselamatan negara.

Sambil menyifatkan dakwaan Khairy sebagai sebagai tidak berasas, Anwar turut mempersoalkan tindakan Khairy yang cuba melarikan diri daripada berbincang perkara pokok berhubung Apco.

"Saya kenal Khairy, saya juga kenal Najib, saya kenal Muhyiddin, jadi isunya apa?

"Isunya sekarang Apco memainkan peranan dalam kerajaan Malaysia dan pimpinan kerajaan Malaysia. Soal saya hadir dalam persidangan dengan orang Israel sebanarnya ramai juga hadir dalam persidangan termasuk dengan tokoh ulama Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, begitu juga saya hadir dalam persidangan persatuan Hindu, Kristian dan sebagainya, itu bukan isu.

"Isunya sekarang Khairy cuba nak lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha Ong dengan syarikat Ethos yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Anwar Dedahkan Hubungan APCO, firma milik Zionis dengan PM Najib. Cetak dan Edar !

MUKADIMAH

1. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

2. Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

3. Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

4. Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

5. Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

http://chegubard.blogspot.com   
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

PR Cadang Lapor APCO Kepada Raja-Raja Melayu

Fazli Othman

KUALA LUMPUR 22 Mac - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya Pakatan Rakyat menghantar memorandum khas kepada Raja-Raja Melayu berkaitan syarikat APCO Worldwide dan penglibatan mereka dengan rejim Zionis Israel.

Mahfuz berkata APCO terlalu merahsiakan banyak perkara termasuk pelanggan mereka sendiri.

"Kita mencurigai peranan mereka di seluruh dunia dan juga peranan mereka di Malaysia apabila dilantik oleh Najib.

"Ini menunjukkan kerajaan kita terlalu lemah apabila terpaksa mendapatkan nasihat daripada syarikat Zionis Yahudi seolah-olah memperkecilkan syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran berkaitan dengan media baru," tegas Mahfuz lagi kepada media di Parlimen.

Isu syarikat APCO menjadi panas apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara tersebut dalam Dewan Rakyat semasa membahas titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong Rabu lalu.


Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin

Umno-BN Berusaha Keras Tutup Isu APCO


KUALA LUMPUR 22 Mac - Sidang Dewan rakyat pagi tadi menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah usul wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Ketua Pembangkang menjelaskan kenyataan beliau minggu lalu mengaitkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide, sebuah firma perunding yang ada pertalian dengan negara Zionis Israel.

Beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Yusmadi Yusoff, R. Sivarasa, Saifuddin Nasution Ismail dan N. Gobalakrishnan bangun membantah Abdul Rahman.

Yusmadi dalam hujahnya memberitahu Dewan bahawa isu APCO sudah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah dan jawapan lisan Perdana Menteri tersebut sudah jelas membuktikan APCO secara tidak khusus sememangnya terlibat dengan komunikasi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bahawa kerajaan memberi Anwar tempoh seminggu untuk membuktikan dakwaannya tersebut.Nazri berkata Anwar akan diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen sekiranya gagal memberikan jawapannya.

Pada Rabu lalu Anwar mendedahkan dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong bahawa APCO Worldwide dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah juga syarikat yang sama melakarkan slogan 'One Israel'.

Menurut beliau APCO pada 1999 menasihatkan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Jumaat lalu Nazri berkata jemaah menteri akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada Anwar perlu diheret ke jawatankuasa khas berkenaan.

Sumber: Suara-Keadilan

Umno-BN Hipokrit Guna Khidmat Yahudi-Zionis

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International.

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.

Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Apabila perkara itu dibongkarkan oleh pembangkang Dr Mahathir menafikan bahawa bayaran tersebut adalah daripada dana kerajaan.

Ahli Parlimen itu mendedahkan Abramoff bukan sahaja berfahaman ektremis Zionis tetapi juga telah didakwa serta dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah di Amerika dan kini dipenjara kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah tercatat dalam nota kongres Amerika.

Populariti Najib Menjunam - TV3

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Datuk Seri Najib Razak sendiri.

“Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

1Malaysia=1Israel?

Mungkinkah slogan “Satu Malaysia” yang dirujuk sebagai “1Malaysia” dan dilaungkan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mengambil hati masyarakat majmuk di Malaysia, ditiru dari pendekatan politik Israel?

Ia berikutan konsep One Israel pertama kali diumum tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 dan diperkukuh oleh pemimpin PArti Buruh, ehud barak sebagai strategi politik dalam pilihanraya Israel 1999.

Yang diPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (MPIUSM), Muhammad Hanif Alias pula berkata persamaan itu mungkin pengaruh gerakan Freemason yang didalangi golongan Yahudi.

“Mereka licik dan pintar serta cuba mengatur pemimpin dunia,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Satu malaysia hanya slogan politik berikutan Umno kuat berbau perkauman.

Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah menyifatkan slogan itu jika benar ditiru dari Israel menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah.